Langkau ke kandungan utama

menahan nafsu

aku dpt ni dr satu ruangan forum.
soalannya mudah aje.....

bagaimana cara menahan nafsu jika sedang berdua dengan kekasih?

jwpn 1:
Ya, janganlah berdua!
Di dalam Islam, apabila dua manusia berlainan jenis yang bukan mahramnya berdua-duaan, maka yang ketiga adalah syaitan. Syaitan akan sengaja meniupkan tipu dayanya kepada 2 anak manusia yang tengah asyik berduaan untuk melakukan hal2 di luar batas. Dan seperti kata anda di atas, hal itu adalah nafsu. Oleh kerana itu, jangan pernah berduaan dengan orang yang belum sah bagi anda. sebab, bagaimanapun syaitan akan selalu berupaya menyesatkan anda dengan segala tipu dayanya.

jwpn 2:
Ingatlah selalu,... kamu tidak pernah hanya berdua saja. Allah selalu melihatmu.
Cara efektif lain,... hindari berdua-duaan di tempat2 yang sepi, atau tempat2 yang bisa menimbulkan pemikiran2 kotor.
jwpn 3:
Berduaan boleh tapi di tempat yg terbuka aje, misalnya di teras rumah yang kalau orang lalu lalang, mereka masih bisa melihat kalian. bila menonton wayang pula, jangan duduk di tempat tersorok kat belakang. dan, yg penting, jangan mulai pegang2 tangan bimbang akan menjalar tangan itu nnt... 

jwpn 4
pertanyaannya kan jika sedang berdua...
jadi segera cari kawasan org ramai tapi kerana pacaran, ya, cari sj tempat org ramai yang masih bisa memberi mood romantis-romantis gitu....seperti coffeeshop, restoran dll. telefon teman2 yg lain, ajaklah  mereka utk double atau malah triple date sekalipun. anda masih tetap berpacaran tetapi x akan melebih2 krn ada teman2 yg lain. huhu....
kalau masih juga x mampu krn dah bergelora sesangat, terus lamar saja si dia. supaya rasmi menjadi isteri. kl dah kahwin tu...faham2 ajelah...

jwpn 5
Iman dan Taqwa adalah kuncinya, perbanyakkan berzikir, perbanyak baca Qur'an. Jaga cara berfikir (selalu berfikir yang baik2?. puasa saja kl dah meluap2 keinginan tu. InsyaAllah, mujarab!!

jwpn 6
jangan pacaran di tempat yang sepi kerana banyak "iblis"
jalan - jalan ke mall atau tempat yang ramai atau duduk di cafe
tingkatkan iman dan ibadah
kalau girlfriend dtg ke rumah, jgn masuk bilik, ya. tapi berbual saja di ruang tamu atau ruang keluarga
cari kegiatan yang positif yang dilakukan bersama

tp cuba tengok nasihat/jwpn ke 7 ini...
Usah ditahan! nasihat ini berdasarkan pengalaman saya, ya! Jujur aja, terus terang...ya sebenarnya, seks sebelum nikah ni, kenikmatannya bisa 3x ganda atau bahkan lebih jika dibandingkan setelah menikah. Got nothing to lose. cuba aje sendiri! nnt bila anda sudah kahwin dgnnya, buat perbandingan. yg mana better? sumpah, dari pada kahwin nanti menyesal kerana tidak pernah tahu nikmatnya seks before marriage......
.........................
kawan2...... pisau dgn timun kat tgn anda. fikir sendirilah...nasihat mana akan membawa anda ke syurga dan yg mana akan menjerumuskan anda ke neraka.

sesungguhnya, azab Allah itu benar.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…