Langkau ke kandungan utama

makan buah...banyak kebaikannya

Tidak ramai orang mengetahui bahawa buah mangga mempunyai ‘kehebatan’ setanding viagra. anda tahu?
ni, aku nak cerita pd anda sume khasiat buah-buahan. mula2 ttg mangga. mengapa mangga? sbb buah ini senang dpt kat malaysia dan ramai org suka. 

mangga
Sebenarnya, mangga boleh membantu seseorang memperbaiki fungsi seksual, mencegah kanser, menjaga kesihatan penglihatan, membantu penghadaman, menjaga kesihatan kulit, menambah berat badan, menguatkan daya ingatan dan bagus untuk mereka yang menghidap anemia. hah, panjang kan senarai kebaikan memakan buah mangga? tunggu apa lagi? pergilah beli sekarang, kan!

kita harus tahu bahawa pengambilan buah-buahan dapat membantu mencegah dan mengatasi masalah penyakit seperti kanser mahupun yg melibatkan kardiovaskular. kajian menunjukkan bahawa pengambilan lebih daripada lima hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran sehari dikaitkan dengan pengurangan 17 peratus penyakit jantung koronari. 

epal
Epal boleh mencegah dementia (penyakit penyusutan memori) dan percaya atau tidak, ia boleh mencegah kenaikan berat badan. Khasiatnya mampu untuk menurunkan paras kolesterol, menentang kanser dan bertindak sebagai agen antioksida. Pektin yang terkandung di dalam epal membantu mencegah peningkatan kolesterol di dinding salur darah. Makanlah epal bersama kulitnya kerana 50 peratus vitamin C terkandung di bawah kulitnya itu.



pisang
Bagi mereka yang mengalami kemurungan dan sukar untuk tidur pula, makanlah pisang kerana ia kaya dengan potasium yang boleh membantu membaiki mood. Pisang turut bertindak sebagai agen antioksida, mengawal tekanan darah, meningkatkan daya tumpuan dan menguatkan ingatan. Buah tropika kegemaran masyarakat Malaysia itu juga dikenalpasti mampu meningkatkan tenaga, menjaga kesihatan jantung, mengurangkan risiko kanser, menentang ulser peptik selain melegakan cirit-birit dan juga sembelit.

kismis
kismis ni buah ke? kismis ialah anggur yang diproses mengikut teknik pengeringan dan ia mempunyai khasiat yang lebih daripada sekadar penguat memori. Kismis mampu membantu mengurangkan risiko kanser, strok, penyakit jantung, antipenuaan, antioksida dan antiradang. Si ‘manis yang berkedut’ itu juga menjaga kesihatan kulit, mata dan sistem kardiovaskular. Lebih istimewa, ia juga baik untuk merawat gastrik, saluran kencing dan menentang penyakit gusi. Kismis mengandungi 35 peratus fruktosa dan 35 peratus glukosa yang merupakan gula semula jadi yang mudah dihadam untuk membekalkan tenaga dengan lebih cepat.

serat
pengambilan serat melalui buah-buahan dan sayur-sayuran penting tetapi ramai yang tidak menyedarinya lantaran tidak mempunyai pengetahuan mengenainya. Seseorang itu memerlukan 20 gram hingga 35 gram serat setiap hari. Namun, bagaimanakah caranya untuk menentukan keperluan serat yang perlu diambil?

Bagi yang berumur dua tahun ke atas iaitu tiga hingga 18 tahun, pakar mencadangkan pengambilan serat sebanyak 5 gram sehari dicampur dengan usia. Sebagai contoh, kanak-kanak lelaki berusia lima tahun memerlukan jumlah serat sebanyak 10 gram sehari.

Ambillah lima hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari. Mulakan dengan mengambil pisang bersama oat untuk sarapan pagi, dua biji kiwi pada waktu tengah hari, yogurt rendah lemak bersama kismis waktu minum teh, sebiji epal pada waktu makan malam dan mangga untuk hidangan pencuci mulut. Jagalah berat badan dan kesihatan anda melalui pemakanan yang sihat. Jangan bergantung pada ubat diuretik dan laksatif (julap) kerana ia tidak membantu mengurangkan berat badan malah penggunaan yang kerap boleh membahayakan kesihatan,

Jadual waktu yang sibuk bukan alasan untuk kita tidak mengambil makanan sihat dan tepat pada waktunya. Kita adalah apa yang kita makan. Jika kita makan makanan yang tidak baik untuk kesihatan, maka tidak mustahil kita juga akan sakit. Jangan sekali-kali meninggalkan waktu makan. Apa yang penting adalah dengan mengurangkan pengambilan sesuatu hidangan dan tidak terlebih makan.

semua orang tahu betapa pentingnya pengambilan sarapan pagi kerana ia penting untuk permulaan hari. Tidak perlu bersusah payah memasak menyediakan sarapan pagi, cukup sekadar menjamah semangkuk bijirin oat bersama madu dan kismis serta susu. 

sumber: kosmo

harap sama2 kita mendapat manfaat, okey!

Ulasan

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…