apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

22.11.10

maafkanlah....


Orang yang tidak memaafkan, akan sentiasa ‘diikat’ oleh orang yang tidak dimaafkannya. Sebaliknya, jika kita memaafkan, nescaya kita akan terlepas daripada ikatan kemarahan yang membakar diri sendiri.  


Langkah memaafkan orang lain termasuklah dalam erti menolak satu kejahatan dengan kebaikan. Berilah kemaafan, maanfaatnya besar untuk diri dan orang lain. Sebaliknya, tidak memaafkan meletakkan kita sebagai calon penghuni rumah sakit jiwa!
Berikut adalah antara kebaikan memberi maaf:
• Hati akan lebih tenang.
• Wajah akan bersih.
• Semangat kerja akan tinggi.
• Penyakit akan cepat sembuh.
• Hidup akan menjadi berkat.
• Murah rezeki.
• Mendapat lebih ramai sahabat.
kawan2, aku ambil sedikit daripada blog yang aku 'link'kan di atas. semoga sama2 kita mendapat manfaatnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.