Luahan

apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

Pada hari Ahad yang lepas, Aida (bukan nama sebenar) bertemu dengan kekasih Anas (bukan nama sebenar juga) di sebuah rumah. Aida sebenarnya...

lelaki sekarang garang2, ya?

By November 16, 2010


Pada hari Ahad yang lepas, Aida (bukan nama sebenar) bertemu dengan kekasih Anas (bukan nama sebenar juga) di sebuah rumah. Aida sebenarnya sudah bosan dengan perangai Anas. pertemuan itu hendak dijadikan pertemuan terakhir kerana dia mahu memutuskan perhubungan mereka. 

Sebaik Aida memberitahu keinginannya, Anas terus naik angin. dia membelasah Aida dengan kayu di belakang badannya. Anas turut menyepak Aida beberapa kali sehingga jatuh tersungkur. Aida merintih dan merayu supaya Anas menghentikan perbuatannya namun Anas makin ganas. dia memijak badan Aida sambil menarik rambut gadis itu. kemudian disimbahnya minyak hitam ke atas gadis malang itu. dia turut melumurkan minyak hitam ke seluruh muka Aida.  


Aida cuba melarikan diri, tetapi gagal. akibatnya, dia dihumban ke dalam rumah dan ‘dihukum’. Dalam laporannya kepada polis, Aida mengatakan kejadian itu bukan pertama kali menimpa dirinya, malah Anas memang kerap bertindak ganas setiap kali mereka bertengkar. Aida mendakwa, Anas turut mengugut hendak menikamnya jika dia membuat laporan polis.
................. 
Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Superintendan Zulkefly Yahya ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan polis mangsa, kelmarin. 

“Kertas siasatan sudah dibuka dan kami mengesan lokasi remaja lelaki terbabit untuk direkodkan kenyataan bagi membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan lokasi suspek diminta menghubungi balai polis berhampiran,” katanya.
..................
nak tahu, mereka berdua ni bukannya tua, masih remaja! baru 18 tahun sahaja. 

sumber : mymetro

You Might Also Like

0 comments

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.