apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

11.11.10

kontroversi fazley

Kosmo semalam menulis ttg penyanyi ini. Dia yg popular dengan lagu Asmara Ini, dikatakan memalsukan sijil dan dokumen pelajarannya di peringkat universiti. hari ini, Fazley Yaakob bertindak melepaskan jawatannya sebagai Pengarah Eksekutif di Kolej Antarabangsa Fazley (FIC), ekoran kontroversi berkaitan kelayakan akademiknya yang dipertikaikan itu.

Menurut Fazley, peletakan jawatan yang berkuat kuasa kelmarin itu dibuat sebagai langkah untuk memelihara dan menjaga reputasi FIC yang ketika ini sedang mengukuhkan nama di kalangan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di negara ini.
“Selain atas kerelaan diri, pengunduran daripada pentadbiran FIC juga merupakan atas nasihat dan perbincangan yang diadakan bersama lembaga pengarah FIC serta penasihat undang-undang,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

lanjut di kosmo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.