Langkau ke kandungan utama

kisah dari penjara kajang

bolehkah melupakan peristiwa paling pahit pernah dialami dalam hidup? jawapannya tentu tidak, kan? itulah juga yang dikatakan oleh seorang anak muda yang terpaksa menghabiskan usia mudanya di dalam penjara kajang. umur yang telah dipersia-siakan hanya kerana mabuk! hanya kerana arak!

pada 11 julai 2009, waktu malam, aiman mabuk. bukan dia sorang tetapi dia bersama-sama 6 kawannya. mereka sedang melepak di taman permainan kawasan perumahan di Taman Harta Pertama, Bukit Baru, Melaka, bila ketenangan mereka diganggu 3 lelaki yang datang membuat bising di situ. geram, rakan aiman memaki kumpulan itu. lalu berbalas-balas kata-kata kesat. akhirnya bertekak. kemudian berkelahi. 

dalam pergaduhan itulah, aiman telah menumbuk muka lelaki itu 2, 3 kali. lelaki itu terjatuh, kepalanya terhentak ke permukaan simen lalu berdarah. kerana takut, aiman pergi ke balai polis untuk membuat laporan atas alasan mempertahankan diri. di balai, kawannya menelefon dan memberitahu lelaki itu telah meninggal dunia.

"Keluarga saya cukup marah tetapi mereka terpaksa menerima kenyataan ini kerana perkara telah pun berlaku. Saya juga menyesal kerana terlalu ikutkan kawan sehingga menyebabkan lelaki itu meninggal dunia," kata Aiman yang menjalani tahanan reman selama setahun dua bulan selepas dia ditangkap.

Mengimbas detik perbicaraan di Mahkamah Tinggi Melaka, Aiman hanya mampu mengurut dada apabila kesalahan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati yang dihadapinya dipinda kepada Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan iaitu kesalahan membunuh tanpa niat. Menurut Aiman, ketika perbicaraan berlangsung perasaannya sungguh sebak. Dia juga menangis kerana bimbang dijatuhi hukuman mati. Mahkamah memutuskan Aiman dan tiga lagi rakannya dihukum penjara 10 tahun bermula dari tarikh mereka ditahan. Bagaimanapun, empat lagi rakan mereka dibebaskan.

"Saya tak sangka dia akan mati malam itu, kerana kami hanya mahu 'mengajar' mereka sahaja. Kini, saya sangat menyesal dengan apa yang telah berlaku. Saya pernah terfikir untuk membuat rayuan tetapi biarlah...di sini saya mula berubah dan menjadi manusia yang lebih baik. Dahulu, saya bukannya tidak diberi didikan agama. Tetapi semakin saya dewasa saya mula meninggalkan tikar sembahyang dan terlibat dengan gejala sosial dan minum arak," ujarnya kesal.

dua pengajaran yang aku nampak di sini:
1. ikutlah ajaran allah dan rasulnya iaitu jangan minum arak. ingat tu!
2. pilihlah kawan yang betul.

sumber: kosmo

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…