apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

11.11.10

ketagihan tidak berkesudahan..

NEW YORK: Pengalaman Lindsay Lohan (gambar) di Pusat Betty Ford mendorong dia untuk membuka pusat pemulihan sendiri bagi remaja bermasalah, kata ibunya Dina. Lindsay, 24, ketika ini menjalani rawatan di pusat di selatan California itu yang terkenal kerana merawat selebriti terkenal, rawatan pemulihan kelima yang dijalaninya dalam tempoh tiga tahun. Dia diarah oleh mahkamah bulan lalu supaya kembali menjalani rawatan pemulihan dadah dan arak sehingga Januari selepas gagal dalam ujian rambang dadah.

Dina Lohan memberitahu rancangan ‘Today’ semalam, dia berharap rawatan kali ini akan berbeza.

“Lindsay menjalani rawatan peringkat demi peringkat. Memang sukar pulih jika sudah ketagih. Saya berdoa dia akan berjaya. Dia mahu membina pusat pemulihannya sendiri, membantu remaja bermasalah. Dia begitu terkenal dan saya berharap rawatan itu berjaya dan dia boleh membantu remaja lain,” kata Dina.

Dia juga menyifatkan rawatan di Betty Ford berjaya mengubah kehidupan Lindsay. - Agensi

thanx, hmetro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.