apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

15.11.10

kesetiaan



JOHOR BAHRU: Resah dengan nasib suami yang belum diketahui selepas tenggelam di laut bersama jengkaut di tapak projek Lido Boulevard, Jumaat lalu, seorang wanita sanggup bermalam di lokasi kejadian hanya untuk mengetahui khabar mangsa.

Walaupun sedih menerima khabar duka, Norlaila Parijam, 38, bersyukur mayat suaminya, Mohd Nor Miskam, 36, akhirnya ditemui pasukan mencari dan menyelamat di sekitar lokasi kejadian jam 7.30 pagi semalam. 

Mayat mangsa ditemui terapung kira-kira 10 meter dari lokasi jengkautnya tenggelam masih lengkap berpakaian sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini, untuk bedah siasat. 

Menurut Norlaila, beberapa hari sebelum kejadian, suaminya pulang ke rumah di Kampung Parit Hassan, Simpang Renggam untuk menemuinya dan anak sebelum kembali ke Johor Bahru bagi menyambung kerja.

“Saya agak pelik dengan tindakannya yang tiba-tiba berpesan kepada anak supaya rajin sembahyang, mengaji al-Quran dan belajar jika dia sudah tiada,” katanya ketika ditemui Bilik Mayat HSA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.