apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

13.11.10

keprihatinan sultan.

SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah membatalkan serta-merta hasrat baginda untuk menghadiri majlis makan tengah hari sempena sambutan ulang tahun ke-40 Yayasan Selangor Isnin ini selepas mendapat tahu kos majlis di Asrama Tun Dr. Ismail di Kampung Pandan, Kuala Lumpur itu melebihi RM300,000. Jumlah itu bermakna kos menanggung jamuan 2,200 tetamu pada majlis itu ialah kira-kira RM136 seorang.

Hasrat baginda untuk tidak menghadiri majlis itu dinyatakan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Ramli Mahmud pada sidang akhbar di sini semalam.

Menurut Ramli, baginda pada mulanya berkenan berangkat ke majlis tersebut atas dasar Yayasan Selangor adalah badan kebajikan kerajaan negeri yang bertanggungjawab memantapkan pendidikan anak-anak daripada keluarga kurang berkemampuan di kawasan luar bandar.

“Bagaimanapun, baginda terkejut dan amat dukacita apabila mendapat tahu kos untuk majlis makan tengah hari itu yang menelan belanja melebihi RM300,000 adalah satu bentuk pembaziran,” katanya.

alhamdulillah, begitulah reaksi baginda sultan yang prihatin. 

di atas, ialah gambar asrama tersebut. siapakah yng tinggal di sini? apakah mereka turut menikmati hidangan RM136  satu kepala itu? atau hanya utk yg 'berkenaan'? 

macam2...

terima kasih, kosmo 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.