apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

24.11.10

kemeriahan festival bertukar tragedi


Di Kemboja, satu kejadian berempuh-rempuhan di kalangan orang ramai sewaktu festival tamat musim hujan berlaku menyebabkan 350 maut dan lebih 750 orang cedera. suasana penuh meriah bertukar menjadi tragedi bila ada khabar angin mengatakan bahawa jambatan yang menghubungkan pulau berlian dan tanah besar, tidak stabil. khabar angin itu menyebabkan orang ramai berpusu-pusu untuk meninggalkan jambatan dan mengakibatkan kesesakan lalu jambatan itu benar-benar runtuh. kebanyakan mangsa adalah wanita.

kata perdana menteri kemboja, hun sen, inilah kejadian atau malapetaka paling buruk dalam sejarah kemboja selepas rejim Khmer Rouge (1975 - 1979) di mana 1/4 daripada penduduk kemboja terbunuh.

sofi kata...

kawan-kawan, lihatlah apa punca tragedi itu? ya...khabar angin! khabar angin yang mengatakan bahawa jambatan tidak kukuh. tentu sahaja orang ramai takut, kan? orang yang membawa mulut itu sepatutnya dicari dan dihukum bunuh. sebab dialah pembunuh, betul tak?

pembawa fitnah seperti ini memang zalim. jadi berhati-hatilah!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.