Langkau ke kandungan utama

kbd 9

Siti Umairah tidak dapat hendak melelapkan sepasang mata. Hati disaluti gundah. Gundah itu menyebabkan dia hanya mampu terbaring.
Sekejap terlentang, sekejap mengiring ke kanan dan di masa yang lain berkalih ke kiri pula. Segala yang berlaku di sepanjang hari hingga peristiwa yang sudah berlalu beberapa jam lepas menggamit resah. Semakin tidak menentu perasaan bila perbualan di antara ayah dan ibu mentua sebentar tadi, menusuk semula ke gegendang telinganya.

Umairah terjaga dari tidur kira-kira jam 3 pagi. Ketika itu dia berasa sangat dahaga. Dia ingin ke dapur untuk minum. Melintasi ruang tamu, dia mendapati bahawa ayah dan ibu mentuanya belum tidur lagi. Kedua-duanya sedang berbual-bual. 

Di situlah Umairah mendengar...           

“Saya sedih, bang.”

Haji Abas menatap wajah sayu isterinya. Perlahan-lahan tubuh tua itu ditarik mendekat. “Kenapa?” tanya dia. 

“Maira...” 

Tersentap jantung mendengar namanya disebut. 

“Sampai hati Maira tu! Amir baru setahun meninggal, dia dah bawa balik lelaki lain ke rumah kita ni. Sampai hati dia! Kubur suaminya masih merah lagi, dia dah menggatal dengan jantan lain.” 

Tidak tahu bagaimana untuk menggambarkan perasaan Umairah ketika mendengar tuduhan ibu mentuanya itu. Air mata menuruni pipi bagaikan hujan. Mulut dikatup supaya sedu sedan tidak didengari oleh kedua-duanya.
           
“Ish awak ni! Cakap tu biar berlapik sikit, Nur! Dengar dek Maira, kecik hati dia.” Haji Abas menegur sambil mengelap pipi isteri yang basah. Hati merasa kasihan melihat keadaan isteri tetapi sebagai suami dan sebagai ayah, dia tidak mahu Hajah Nurain terburu-buru menuduh Siti Umairah.
“Biar dia dengar! Biar dia tahu betapa kecewanya hati saya ni, bang!” Balas Hajah Nurain. Wajah memang jelas menunjukkan dia sedang geram.

“Kenapa awak cakap macam tu, Nur? Bukan awak tak dengar apa yang Hemi beritahu tadi. Dia hantar Maira balik sebab dia tak mahu Maira naik bas atau teksi. Dia nak jaga keselamatan menantu kita tu. Bukan Maira yang suruh dia hantar Maira balik.” Suara ayah mertua membela dirinya kedengaran. 

Umairah tersentuh.

“Memanglah! Tapi kalau tengokkan gaya si Helmi tu, nampak sangat dia sayangkan Maira. Itu yang saya tak suka!” 

“Kan dia dah bagi tahu dia tu siapa? Diorang dah lama kenal, Nur. Dah macam adik beradik." 

Hajah Nurain menjegilkan mata. “Abang suka ke Maira kahwin dengan budak tu? Bang, Maira tu menantu kita. Bini Amir. Saya...” tangisnya. 

Haji Abas membisu, membiarkan isteri meluahkan rasa dengan menangis. Dia amat memahami perasaan isterinya kerana dia juga takut kehilangan Umairah. Bimbang Umairah akan pergi meninggalkan mereka berdua sekiranya dia dan Helmi dijodohkan. Sunyilah hidup mereka nanti! Bagaimanapun... 

“Nur, Maira pernah jadi menantu kita. Sekarang ni, dia anak perempuan kita, ingat tu! Anak perempuan...satu masa, bila dia kahwin, dia tetap akan pergi duduk dengan suami dia. Satu masa, kita tetap akan ditinggalkannya. Anggap, Allah pinjamkan dia sekejap pada kita untuk mengubat luka dan sedih kita bila Amir meninggal dunia." Sejenak, dia berhenti berkata-kata.  Mengenangi Amir mengundang sebak dalam dada. 

"Tapi, sampai bila kita nak tengok Maira asyik bersedih, meratapi kematian Amir, Nur? Sampai bila kita nak biarkan dia hidup sorang-sorang? Abang rasa, dah tiba masanya untuk Siti Umairah hidup semula. Bergembira dan jatuh cinta. Kahwin dan berkeluarga.” begitu tegas Haji Abas melahirkan pendapatnya.

“Tapi?”

“Nur, kita doakan aje! Sama-sama kita mendoakan kebahagiaan Maira. Ingat, Nur! Maira dah banyak berkorban untuk kita. Biarlah, kali ini, kita pulak melepaskan dia. Itu hak dia untuk mencari bahagia.” 

Umairah menangis teresak-esak bila mendengar kata-kata ayah mentuanya. Sesungguhnya, dia tidak menyangka sampai begitu sekali Haji Abas mengambil berat tentang dirinya. Sesungguhnya, malam ini, dia menyedari bahawa dirinya amat beruntung. Ya, dia sudah kehilangan Amir. Memang benar, suaminya sudah pergi meninggalkan dirinya. Tetapi, di sekelilingnya, masih ada yang menyayangi setulus hati. Contoh terbaik ialah ibu dan ayah mentuanya ini. Belum lagi menyebut tentang umi dan ayahnya sendiri. 

Dan....Helmi! Ya, Helmi! Lelaki itu inginkan cintanya. Lelaki itu mencintainya. Tapi.....tidak! Dia tidak mungkin membalas. Tak mungkin! Tak mungkin!
   

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…