Langkau ke kandungan utama

kbd 8

“Maira?”

Terhenti langkah yang diatur. Umairah segera berpaling ke belakang. Haji Abas sedang merenung dirinya.
Wajahnya yang jernih sedang mengukir senyuman. Pastinya, lelaki berumur awal enam puluhan itu baru kembali dari surau.

“Ayah? Lambat ayah balik dari surau?” Siti Umairah menyahut. Hati berdegup-degap apabila menyedari pada masa yang sama, Helmi turut turun daripada kereta. Semakin terkedu apabila lelaki itu segera menyalami tangan ayah mentuanya. 

“Saya mintak maaf, pakcik!” Belum sempat Haji Abas bertanya, Helmi terus sahaja memberitahu, "Disebabkan saya, Maira balik lewat malam ini. Banyak yang saya mintak dia taipkan untuk saya hari ini.” 

Penjelasan diberi tanpa diminta.           

Haji Abas tertanya-tanya siapakah gerangan lelaki tampan ini? Kalau dilihat daripada tutur katanya, lelaki ini seorang yang cukup berkeyakinan. Kalau dilihat daripada gayanya, lelaki ini seorang yang berjawatan. 

Siti Umairah kalut bila ayah mentua hanya membisu. Helmi segera diperkenalkan. “Ayah, ini encik Helmi, bos Maira.” 

“Oh, iya ke? Terima kasih, Encik Helmi.” Haji Abas tersenyum memandang Helmi. 

“Terima kasih? Kenapa, pakcik?” tanya Helmi sambil menguntum senyum. 


“Sebab encik sudi hantar Maira balik. Malam-malam macam gini, susah nak dapat bas. Fikirkan dia naik teksi tu yang merisaukan pakcik.” 

Umairah terkedu. Rasa sebak bila mendengar pengakuan tulus itu. Rasa terharu yang teramat. Tetiba, hati rasa sayu. Haji Abas memberitahu kebimbangannya kepada Helmi bagaikan dia anak lelaki itu. Bukan menantu!

Helmi pula mengkagumi lelaki tua itu. Kasih sayang sepenuhnya sudah diberi kepada Umairah, menggantikan anak sendiri yang sudah tiada. Kerisauan, kebimbangan, adalah tanda betapa Umairah dikasihi. Jelas di matanya, Umairah sudah dianggap bagaikan anak sendiri. Patutlah Umairah rela tinggal dengan bekas ibubapa mentuanya ini, desis di hati.     

“Dah makan ke belum ni?” Haji Abas bertanya. 

Helmi tersengih. 

Melihat sengihan Helmi, anak muda itu terus sahaja dipelawa oleh Haji Abas masuk ke dalam rumah. Umairah cuba menghantar isyarat supaya Helmi menolak namun lelaki itu berpura-pura tidak melihatnya. Bersama-sama sebuah jelingan tajam ke arah lelaki itu, dia segera berlalu mendahului mereka. Laju sahaja langkahnya memasuki dapur di mana Hajah Nurain sedang sibuk menghangatkan lauk untuk dimakan.

"Menyampah betul! Pantang dipelawa, terus aje tersengih. Terus aje mengangguk! Dasar kedekut! Nak makan free..!”

Hajah Nurain mengerutkan dahi mendengar omelan Umairah. “Siapa nak makan free, Maira?” tanya dia.

“Alah, lelaki itulah! Dah tahu yang hari sudah lewat malam pun masih lagi hendak menerima pelawaan ayah. Puas Maira bagi isyarat suruh dia balik, dia buat-buat tak faham.  Memang mengada-ada dia tu! Pantang ayah ajak aje, ter....”

“Dah siap ke menghidang tu, Nur? Kita ada tamu ni. Perut pun dah lapar benar...” Haji Abas bertanya sambil menghulurkan kepala menjengah dapur, memandang wajah isteri dan menantu silih berganti.

“Tamu?” Hajah Nurain segera menatap wajah menantunya. 

Siti Umairah menghela nafas sebelum memberitahu, “Maira balik dengan ketua Maira, mak. Dia hantar Maira sampai depan rumah. Masa Maira turun daripada kereta tadi, bertembung pulak dengan ayah. Maira tak sangka pulak yang bila ayah ajak makan malam di sini, dia terus aje mengangguk. Terus aje cakap, nak! Tak malu betul dia tu!”

“Hisy, kamu ni! Apa salahnya kalau dia sudi? Oh, itu yang mulut tu dok terkumat-kamit tu? Mak ingatkan dok berzikir, rupa-rupanya mengumpat bos kamu. Hehe..” 

Merah padam wajah Umairah diperli oleh ibu mentua. 

“Dah, mari tolong mak! Jom kita tukar pinggan mangkuk. Yang selalu kita guna ni, kita gantikan dengan yang ada kat dalam almari tu." Dia terus sahaja bergerak untuk membuat kerja bagaikan lipas kudung. Bila menyedari bahawa Umairah langsung tidak bergerak, Hajah Nurain terus mencubit pipi menantunya. "Apa kena dengan kamu ni? Cepatlah! Pergi ambilkan mak pinggan dengan gelas tu. Cepat sikit! Dah jauh malam ni. Ayah dengan bos kamu tu mesti lapar!”

Umairah ketawa juga akhirnya. Kelakar melihat telatah Hajah Nurain yang tetiba sahaja mahu menggunakan set pinggan mangkuk yang baru. Namun dia tidak pula berkata apa-apa. Dia sudah sebati dengan sikap ibu mentuanya ini. Kalau boleh, semuanya hendak dilihat sempurna di mata. Terutama, kepada tetamu yang datang bertandang.

Sepuluh minit kemudian, semuanya sudah tersedia. Sudah terhidang. Helmi kini sedang berdiri di tepi meja. 

“Apa kabar, makcik?” tegurnya. “Hmm, nampak sedap ni. Kecur liur saya dibuatnya.” 

Adui!! Pandainya nak ambil hati. Kata hati Umairah. Menyampah! 

“Kalau tau Maira nak bawak balik ketua dia tadi, boleh makcik masak sedap sikit!” Hajah Nurain membalas sambil melirik ke wajah menantu yang kelat.

Isy, aku pulak yang salah? Ada-ada aje mak ni. bentak di hati Umairah.

“Saya kenalah hantar Maira balik, makcik. Dah malam sangat ni! Nak dibiarkan dia naik bas, risau pulak hati saya ni nanti! Maira ni bukannya tahu hendak menelefon saya kalau dia dah selamat sampai di rumah. Nanti, tak pasal-pasal saya tak boleh lena pulak. ” bebel Helmi.

Bulat mata Umairah menatap wajah selamba Helmi Qushairi. Hati meradang. Dia mendengus marah. Hatinya sakit. 

‘Cakap macam gitu pada mak dengan ayah? Tak sekolah ke apa? Saje aje nak bagi diorang salah sangka! Eeeii, geram! Geram!’ desis di hati.

“Maira? Nak ke mana tu?” 

Tanpa sedar, rupa-rupanya Umairah sudah berdiri. Hati mendesak untuk dia meninggalkan mereka di situ kerana dia ingin segera masuk ke dalam bilik. Dia berasa amat rimas dengan tingkah dan butir bicara yang didengari daripada mulut Helmi.
   
“Aaaa,  Maira nak masuk bilik, mak. Maira tak nak makan dah. Dah kenyang.” 

Dahi Helmi sudah berkerut-kerut. “Kenyang? Maira, Maira mana ada makan apa-apa hari ini? Ada tidak pun, bubur yang abang belikan tadi tu aje, kan? Kenyang ke apa?” soalnya.

Suasana hening di ruang makan itu menyedarkan Helmi akan sesuatu. Aduh! Dia sudah tersilap cakap? Itulah! Terlajak kapal ke, kereta ke, motor ke, bolehlah undur! Ini bila dah tersasul menyebut perkataan ‘abang’? Apahal? Patutlah Siti Umairah menjegilkan sepasang mata terhadapnya. Si ibu mentua kelihatan amat terkejut. Hanya si ayah sahaja yang selamba bagaikan tidak mendengar apa-apa. 

Sambil menelan liur, Helmi cuba membetulkan keadaan, “Makcik, pakcik. Sebenarnya, saya dengan Umairah ni dah lama kenal. Sejak dia lahir lagi, saya dah selalu dukung dia.” ujarnya.

Umairah mengetap bibir. ‘Pulak dah! Bila masa pulak dia dukung aku? Hisy, merapu betul mamat ni! Tapi... dia kan sebaya dengan abang long? Kalau abang long ada dukung aku masa aku kecil-kecil dulu, maknanya dia pun pernahlah, kan? Ehhh, ada ke hah? Betul ke? Eeii, kalau betul? Makk.....malunya!’

Saat itu pula, Haji Abas dan Hajah Nurain sedang memandang wajah Helmi Qusyairi Ali dengan penuh tanda tanya. Iyalah, cerita Helmi itu tadi bukankah cerita yang masih tergantung? Tentu sahaja mereka masih ingin mengetahui lebih lanjut lagi tentang Helmi dan menantu mereka, Siti Umairah. 

Sambil tergelak kecil, Helmi menyambung, “Saya ni, anak kepada pemandu Tuan Haji Ramli, pakcik. Emak saya pulak tukang masak ibu Umairah ni. Dari kecik, Tuan Haji Ramli tidak pernah membeza-bezakan di antara saya dengan anak-anaknya. Malah bila ke sekolah pun, saya disuruh naik kereta bersama-sama dengan Akif, abang Umairah ni. Saya dengan Akif sebaya. Kami kawan baik.” Merenung wajah wanita di hadapannya, dia menyambung, “Budak ni dulu masa dia kecik, pantang nampak muka saya. Ke mana saya pergi, dia mesti nak ikut.”

Umairah mencebik. Ibu dan ayah mentua ketawa. 

“Sepuluh tahun lepas, saya tinggalkan Umairah dan keluarga dia. Masa tu emak dengan abah saya baru meninggal. Saya rasa diri saya jadi beban pada semua orang waktu tu. Lama saya pergi. Tuan Haji jumpa saya dua tahun lepas, ajak balik. Ajak saya kerja dengan dia. Saya terima dengan syarat, saya tak masuk ofis kat KL. Itu yang dia hantar saya ke Pulau Pinang.” 

“Alhamdulillah! Hati pakcik dah seronok dah. Sekurang-kurangnya, dah ada yang tolong tengok-tengokkan Maira kat ofis tu.” setelah lama berdiam diri dan tekun mendengar penjelasan Helmi, akhirnya itu yang Haji Abas katakan.

“Alah ayah ni, Maira bukan budak kecik. Lagi pun, itu kan syarikat Tuan Hj Ramli, ayah Maira? Apa pulak yang nak dirisaukan?” Umairah bertanya dengan sepasang mata yang mengecil, tanda dia tidak suka dirinya menjadi topik perbualan. 

“Sebab Maira tu bukan budak kecillah, ayah risau.” balas Haji Abas tenang.         

“Ayah, ayah asyik bercakap, nasi dalam pinggan tu pun dah nak habis. Ayah nak tambah ke tak nak ni?” Umairah sengaja mengalihkan perhatian ayahnya.           

“Ha,ah! Seronok berbual, sampai lupa nak tambah nasi. Eh, tambah lagi nasi, encik. Kenapa berhenti?”     

“Cukuplah, makcik. Banyak lagi ni!” Helmi menjawab pertanyaan Hajah Nurain. Ketika itu sepasang matanya terpandang gambar perkahwinan Umairah dengan Amir yang melekat di dinding. Kali pertama dia merenung gambar lelaki yang berjaya memiliki sekeping hati Siti Umairah. Hati tetiba merasa sebak bila melihat wajah jelita di sebelah Amir. Wajah yang kelihatan sungguh bahagia. Sungguh ceria. Sungguh gembira. 

Rasa sebu menghimpit dada. Kebahagiaan yang terpancar di wajah Umairah membangkitkan rasa cemburu yang teramat dalam dirinya kepada lelaki dalam gambar itu. Hatinya bagai ditusuk sembilu! Pedih, marah dan geram bercampur baur. Marah kepada dirinya yang pengecut kerana pergi meninggalkan Umairah di saat cintanya sedang berputik. Marah kepada diri sendiri kerana takut berterus terang. Marah kerana melepaskan Umairah kepada yang lain....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…