Follow Us @soratemplates

24.11.10

kaya dan masalah

micha raines bekas tunang jefri (gambar kecil)


pernah aku masukkan tentang perangai jefri ni. kalau anda tak baca lagi tentangnya tekan tajuk, okey! 

perbicaraan diteruskan lagi. kali ini tunangnya oops, bekas tunangnya cakap, dia tak dapat dan tak perlukan bantuan kewangan daripada jefri. dalam kata lain...'aku mampu hidup tanpa kau, lah!'

kata raines, dia jarang ada masalah kewangan sebab dulu masa masih bersama, dia dengan jefri berkongsi kekayaan. iyalah, masa bekerja dengan jefri dulu, gaji dia tinggi, lepas tu, dapat banyak hadiah pula. tu yang sekarang dia dapat duduk di rumah mewah (RM26.4 juta) di LV. jadi, tak timbul soal dia tidak mampu menyara anak mereka yang berusia 5 tahun.


raines memberikan keterangan dalam kes saman Putera Jefri terhadap dua bekas peguamnya bagi menuntut ganti rugi lebih AS$7 juta (RM21 juta) kerana mendakwa merek menipu semasa menguruskan hartanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.