apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

13.11.10

kan dah cakap?


Kan aku dah pesan? facebook bukan tempat utk memfitnah. bukan tempat untuk menjaja keburukan orang. bukan tempat untuk mengadu domba.

apa dah jadi, sekarang?

saman-menyaman fitnah akibat contengan di fb ini dah sampai ke peringkat juta-juta dah. hanya kerana....

"Antara lain saya difitnah sebagai seorang perempuan tidak bermaruah, melakukan hubungan sulit dengan suami orang tanpa sebarang ikatan perkahwinan selain menuduh saya tidak layak memegang sebarang jawatan dalam politik," kata Zalina (gambar).

SHAH ALAM - Seorang wanita memfailkan saman RM10 juta terhadap Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Mahharul Ismail dan tiga anggota keluarganya kerana didakwa mengeluarkan kata-kata fitnah menerusi laman sosial Facebook.

Zalina Jaafar, 42, selaku plaintif memfailkan saman itu menerusi peguamnya Faizul Mohd. Nasir pada pukul 10 pagi di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini semalam.

samanlah kalau itu membahagiakan anda, iya tak?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.