apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

20.11.10

jom pi langkawi!

aku nak mulakan satu ruangan baru... jom gi jalan-jalan. yalah, cuti sekolah dah ni, kan? hari ini nak tunjuk langkawi pada korang. aku pun baru sekali menjejakkan kaki ke sana tapi...memang nak pergi lagi. seronok! cantik! lagipun, boleh pergi lawat banyak tempat menarik. tengoklah di bawah ni! tak tipu.....

tak sahlah kalau tak tunjuk peta. langkawi kan besar? hehe....
kena naik bot ni kat kuala perlis. dari sana, cepat sikit sampai. 45 minit aje. 
kalau naik di kuala kedah, boleh juga. lamalah sikit duduk dalam bot laju tu. 
sebaik turun bot, si gergasi nilah yang korang akan temui. 
kalau malam lagilah berwarna warni! 
dululah...sekarang, entah?
ada kudis buta? gatal2..pergilah sini..insyaallah mati kuman2 tu
telaga tujuh, tempat berkelah palinggg nyaman
tasik dayang bunting yang mengasyikkan panoramanya
tanjung rhu... pasirnya putih dan bersih, oh indahnya!! 
hai, tak lengkaplah kalau ke langkawi tetapi tidak ke sini untuk menyedekahkan al fatihah...
inilah makam mahsuri. 

banyak lagi yang tidak tercoret. kalau hendak tahu..hmm, kenalah pergi sendiri. 
ada satu tempat tu, kan..srk menari-nari kat situ dalam salah satu filem lakonannya. 
laa....orang cakap betul korang gelak pulak...hehe

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.