apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

15.11.10

ingin berenang

Aktres Bollywood, Freida Pinto berkata, dia diarah meninggalkan Laut Mati yang terletak antara Jordan dan Israel oleh pengawal pantai ketika sedang berenang di tasik garam itu kerana memercikkan air ke mata pengunjung lain yang turut mandi di situ.
Pinto, 26, berkelah di kawasan pelancongan terkenal itu ketika bercuti sehari daripada menjalani penggambaran filem terbarunya Miral.

"Ketika saya, kakak saya dan rakannya pergi ke Laut Mati, pengawal pantai menjerit ke arah saya kerana memercikkan air ke mata pengunjung lain di situ. Dia mengarahkan saya keluar dari situ," katanya.

Walaupun diarah meninggalkan tempat yang mengandungi banyak garam dan sukar untuk tenggelam itu, ia adalah satu pengalaman yang bermakna bagi Pinto kerana perkelahannya itu membuatkannya berazam untuk belajar berenang.

"Anda tidak akan lemas di dalamnya (Laut Mati), tetapi ia masih menakutkan saya. Saya tidak boleh berterusan hidup dalam keadaan begini. Saya perlu menghentikannya. Saya akan belajar berenang, Saya mengakui saya tidak pandai berenang," katanya. - AGENSI

hehe...tak pandai berenang rupanya..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.