apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

28.11.10

imbaslah sehingga nampak...


isu ini sedang hangat diperkatakan. perihal mesin pengimbas di lapangan terbang yang 'menelanjangkan' kita waktu kita hendak masuk dan keluar ke dan dari balai berlepas. 

di new york, seorang wanita mendakwa dia trauma bila diraba2 oleh pegawai2 lelaki pentadbiran keselamatan pengangkutan yang bertugas. mereka ini meraba hingga ke bahagian sulitnya ketika imbasan itu. (apa kes? bukan gatal ke tu?)

konon, mesin pengimbas sinar-x itu adalah untuk mengesan senjata dan bahan letupan tersembunyi yang dibawa. habis, takkanlah pelapik seluar dalam tu pun nampak macam senjata, kut? 

kesian tau pada perempuan tu. dia menangis kerana perbuatan 'raba2' itu mengembalikan dia pada memori tragis serangan seks yang berlaku ke atasnya beberapa tahun dulu. 
sumber: kosmo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.