apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

1.11.10

hukum bagi setimpal, okey!

Tragedi yang meragut nyawa tujuh remaja manakala 17 lagi parah dalam kemalangan di Kilometer 38 Genting Sempah, Lebuh raya Karak, malam kelmarin membongkar rahsia pemandu bas berusia 40 tahun, yang tidak mempunyai lesen memandu.

Biar betul! ternganga mulut aku baca ayat-ayat di atas. 

“Semalam ketika diambil keterangan, pemandu pertama bas itu mengaku mempunyai lesen memandu tetapi apabila Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menjalankan pemeriksaan, didapati dia tidak mempunyai lesen.”

beraninya dia? tak ada lesen? kalau naik motor ke, kereta ke, okeylah jugak...maksud aku, ia tak melibatkan nyawa org lain. kalau kemalangan, dia ajelah yang kesakitan. tapi sekarang, tengok! x ada lesen, bawak bas, kemalangan, ramai mati, ramai lagi yang cedera parah.... x rasa bersalah ke? hah? 

mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu secara berbahaya yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

nampak tak? memandu secara bahaya? memandu tanpa lesen? 

wahai..... anda ni pemandu bas oi, dah dikira sebagai pembunuh jugak tahu! insaflah, ya! tolonglah! 

jpj, pastikan orang ni x diberi sebarang lesen baik utk kereta, lori, bas, kereta api ke... motor? toksah bagi dia. biar dia jalan kaki aje nanti!

cheerio.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.