Langkau ke kandungan utama

HP dah mai...jom tengok!!!

demamnya sudah menyerang. 
fenomenanya sudah melanda...
mereka akan menggegar...

itu bukan aku kata tetapi akhbar. iyalah kan... adaptasi novel JK Rowlings ni memang hebat. tiap kali filem ini ditayangkan di selururh dunia, mmm...pecah panggunglah jawabnya. bukan setakat RM40 juta, dr rozmey, ya!

SELAIN aktor Daniel Radcliffe dan Rupert Grint, trio bintang utama filem Harry Potter tak lengkap tanpa aktres jelita, Emma Watson. Bahkan, bagi peminat setia filem ahli sihir muda ini pastinya sudah sinonim dengan tiga nama itu sejak 2001. Malah, setiap tahun fenomena Harry Potter akan melanda seluruh dunia dengan kesinambungan sirinya yang cukup menarik dan hebat. 

tentatng apa pulak kali ni, ya? 

Harry Potter And The Deathly Hallows: Part 1 yang kini sudah menjengah pawagam tanah air adalah siri kemuncak pertama sebelum bahagian keduanya ditayangkan 15 Julai 2011 di seluruh Amerika Syarikat (AS) dan UK.

Dalam filem arahan David Yates ini juga banyak aksi, drama dan ilmu sihir dipaparkan untuk tatapan penonton. Kisah penuh debaran bermula apabila Harry dan rakannya berdepan situasi bahaya dalam hutan yang menyimpan 1,001 rahsia dan misteri.

Selain itu, tiga ahli sihir muda terbabit perlu berdepan dengan musuh tradisi mereka, Lord Valdermont yang bermaharajalela melebarkan kekejamannya. Bukan itu saja, pengajian Harry bersama Hermione dan Ron juga terkandas di Hogwarts.

Semuanya berpunca disebabkan kejatuhan Kementerian Magik dan kebangkitan kuasa jahat Lord Valdermont. 

Mampukah Harry (si Daniel Radcliffe encem tu) mengubahnya?

pi lah tengok...

aku?? tunggu astro ajelah hehe...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…