apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

30.11.10

hentam sama dia!!!



berita apa paling sensasi hari ini? hmm, bagi peminat bola macam aku, tentulah berita kekalahan real madrid di tangan barcelona. wow! 

kalah.. tak apa, masalahnya sekarang bukan setakat kalah tapi, kalah teruk! RM 0, Barca 5. Wow lagi!!!!

tapi itulah.....

walaupun real ada pemain yang aku suka iaitu si CR tu, di situ juga ada si mourinho pulak. aku, dari dulu memang kurang berkenan dengan mamat ni. mulut dia suka mengutuk orang. tak best. tapi, aku tak naklah pulak memadankan muka RM. hari ini, hari dia kalah...mungkin diorang dah belajar dari kesilapan. bahawa bola itu bulat. apa2 pun bisa terjadi, pak! dan yang terpenting dari yang terpenting, wang bukan segalanya. walau satu pasukan tu ada pemain termahal dalam abad ini sekalipun, namun bola ialah permainan sepasukan. 

apa yang penting? kerjaaaa sama...hehe

okey...cao dulu ! 

tunggu ya episod akhir bukan niatku!  

2 ulasan:

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.