apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

13.11.10

harapan seorang ayah...

KUALA LUMPUR: "Jangan tinggal solat dan belajar bersungguh-sungguh untuk hadapi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)," demikian pesan terakhir penyanyi Mohd Shamrin Abd Samad, kepada anak sulungnya, Siti Najwa, 17.

Shamrin, 45, vokalis kumpulan Fotograf meninggal dunia di Hospital Pakar Al-Islam, Kampung Baru, pada 6 petang semalam akibat sakit jantung. Najwa berkata, walaupun dia dan ayahnya tinggal berasingan akibat perceraian dua orang tuanya itu, namun bapanya sering menghubunginya dan sentiasa memberi dorongan dan semangat untuk berjaya dalam pelajaran. Najwa yang tinggal bersama ibunya, Noreda Mohd Razali, 45, di Taman Melawati berkata kali terakhir beliau berjumpa dengan ayahnya kira-kira sebulan lalu dan ketika itu ayahnya tidak menunjukkan sebarang perubahan pada kesihatan dirinya. "Kira-kira tiga hari lalu saya ada menghantar SMS kepada ayah dan mengatakan yang saya merinduinya dan dia terus menghubungi saya.

baca lagi di metro

alhamdulillah.... perpisahan ibubapa tidak memisahkan hubungan masing-masing.  takziah buat siti najwa dan smg cemerlang spm anda, sebagaimana harapan allahyarham....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.