Langkau ke kandungan utama

hadiah kemarahan!!



anda perhatikan dua wajah berbeza di sebelah. tahukah anda bahawa mereka adalah orang yang sama? ya, nasib malang seorang anak! disimbah asid ke atasnya oleh......

percaya atau tidak, ibunya yang melakukan! kenapa? adakah seorang ibu yang sebegini busuk hatinya? kering jiwanya? ataukah sudah tidak ada nilai keibuan lagi? pelik!  

kisah tentang nasib malang lelaki ini diketengahkan dalam rancangan bersamamu, tv3. keadaan daif azri mendapat perhatian bukan sahaja dari 3 orang sahabat baik, sahabat sebenar, alhamdulillah... bertuah anda, azri, kerana ada sahabat setia seperti mereka. 2 daripada mereka menjaga azri sepenuh masa. semoga allah membalas jasa baik kalian. 

yang menariknya, azri mendapat perhatian dan simpati dari biro pengaduan mca. kang, kalau aku kutuk orang melayu yang kaya-kaya ni, anda marah tapi tengoklah...cina jugak yang menunjukkan keprihatinan. tapi, percayalah, sekarang ni, sebab dah masuk tv3 dah, adalah, ramailah orang melayu opportunis yang tiba2 datang dan berbuat baik. 

okey..cukuplah! jadikanlah pengajaran. kita tak tahu kenapa ibu bertindak sekejam itu. jadi, kita tidak berhak menghukum. cuma, ingatkan diri kita supaya....kalau kita sedang sangat marah..cepat2 pergi ambil wuduk. taklah syaitan merasuk...chao.

sumber: resepirahsiaku

Ulasan

  1. ni yang masuk bersamamu tempoh hari kan

    BalasPadam
  2. tak patut betoi seorang ibu tergamak buat macam tu kat anaknya....

    BalasPadam
  3. @GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr

    macam2 perkara menakutkan dan yang kita tak jangka mampu dilakukan, dibuat orang, kan?

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…