apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

23.11.10

gantung tak bertali...akhirnya?

dia seorang wanita berkerjaya. seorang profesional. 10 tahun dulu, perkahwinannya goyah. suami berkahwin lain. biasalah lelaki, selepas pasang dua, maka terabailah nafkah zahir dan batin kepadanya. 

dia kemudian dibiarkan. suami mahu dia derita sampai mati, kata wanita itu. suami juga membiarkan wanita itu begitu saja, digantung tidak bertali selama tempoh tersebut. 

merajuk, dia lalu berhijrah ke luar negara. hari berganti hari dia mula menjalani kehidupan sebagaimana wanita normal yang lain. jangan lupa, dia juga punya naluri untuk hidup lebih baik, untuk jatuh cinta. 

ditakdirkan, dia jatuh cinta dengan lelaki bukan islam. pada awalnya, dia mungkin telah mencuba mendapatkan haknya mengikut yang terkandung dalam al-Quran. tapi, biasalah...orang-orang di jabatan agama ni... selalu beranggapan serong pada janda. kebosanan, wanita ini akhirnya mengambil keputusan untuk berkahwin dengan kekasih bukan islamnya itu. lalu....murtadlah dia!
menjadi murtad selepas berkahwin dengan lelaki bukan Islam.

salah siapa sehingga wanita ini akhirnya menjadi murtad? owh... salah wanita itu sendiri? sebab dia sudah cukup dewasa untuk menentukan jalan hidupnya? begitu? entahlah... sedih hati memikirkannya. mencari kesalahan dan menuding jari ke arah orang lain memang mudah. namun, kadang-kadang kita juga perlu ada rasa kasihan untuknya. 


di sinilah, mahkamah syariah memainkan peranannya. mahkamah syariah punya tanggungjawab dan amanah yang cukup berat bagi memastikan nasib isteri malang (seperti kes di atas) terbela. berikan hak kepada ibu-ibu tunggal ini. jangan biarkan suami bertindak sesuka hati. 

Keadilan penting bagi memastikan ibu tunggal dibantu untuk membina kehidupan baru. jangan sampai mereka merasa mahkamah syariah tidak adil terhadap mereka. kerana tindakan mahkamah syariah melambangkan islam. apakah islam itu tidak adil kepada wanita yang malang ini? fikirkanlah!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.