Langkau ke kandungan utama

ganjaran kesabaran

kadar perceraian di dalam malaysia semakin tinggi. ramai di kalangan pasangan yg tidak sehaluan, mengambil jalan mudah iaitu bercerai. baik isteri, mahupun suami, merasakan, bila tiada keserasian, lebih baik berpisah sahaja.

Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerana lantang terbaca dari muka
Kau dan daku sudah tiada
Keserasian di jiwa
Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini

ya...berpisah dan cerai, walaupun Allah benci, masih ada yg merasakan...'tak apa!'

bila berpisah / bercerai, siapakah yang menjadi mangsa?

suami?  isteri?   anak2?

isteri....akan jumpa suami baru
suami...akan jumpa isteri baru

anak2lah yg bakal jadi mangsa, kan? anak yg kehilangan kasih sayang seorang ayah. anak yg kehilangan kasih sayang ibunya.
percayalah, anak2 skrg x cukup kuat. ini dpd pengamatan aku sebagai seorang guru. anak2 masa kini akan runtuh moralnya bersama runtuhnya istana cinta ibu dan ayah. mereka akan menjadikan porak poranda ini sebagai alasan utk terlibat dlm pelbagai jenayah juvenil. minah rempit, mat rempit, bohsia, bohjan, hendak balik awal atau lewat ke rumah? siapa peduli? kerana itu, aku harap akan ada lebih ramai ibu terutamanya yg bersikap seperti Puan Suri ini.
bacalah! aku petik dpd utusan


Ikhsan (bukan nama sebenar) adalah seorang suami yang terlalu sibuk dengan aktiviti sosial, terlalu garang dengan anak-anak dan suka menghabiskan masa dengan rakan-rakan.

Saya tidak pernah menghalangnya untuk aktif walaupun hak saya sebagai seorang isteri diabaikan. Ada ketikanya saya merasakan diri ini 'terhina' dengan lagak suami yang ego dan tidak mahu bertolak- ansur. Kami selalu bergaduh di hadapan anak-anak sehingga anak-anak menangis kerana ketakutan. Bila bergaduh, semua kisah yang silam diungkit! Bosan saya dengan sikap barannya itu. Anak-anak yang tidak bersalah menjadi mangsa keadaan, 'disemburkan' dengan kata-kata kesat tetapi dengan kawan-kawan dia amat mesra sekali, bila bercakap lembut gigi daripada lidah.

Satu hari, anak bongsu saya berusia lima belas tahun dengan tegas dan berani menegur ayahnya. dia meminta ayahnya meninggalkan kami andai tidak lagi menyayangi keluarga. Tergamam saya dengan kata-kata tersebut. Tidak sangka dia berani berkata begitu kepada ayahnya. Sebagai ibu, saya sentiasa mengingatkan anak-anak supaya menghormati ayah mereka, dan jangan sesekali putuskan hubungan dengan ayah dan ibu. Kepada mereka, saya pesan, tanpa ibu dan ayah siapalah kamu. Saya beritahu mereka saya mahu mereka hormat ayah mereka walaupun dia tidak sempurna sebagai ayah dan suami kepada saya.

Saya korbankan hati dan perasaan demi anak-anak yang sedang membesar. Tangisan itu adalah teman setia saya. Namun saya tidak pernah menyesal dengan suratan ini dan sentiasa berdoa agar di suatu masa kelak tangisan itu akan bertukar kepada senyuman. Allah itu Maha Adil, segala penderitaan yang saya harungi digantikan dengan kejayaan anak - anak. Kini kesemua anak-anak saya membesar menjadi insan yang berjaya dengan kerjaya yang boleh saya banggakan. Jika semasa mereka masih kanak-kanak, saya tidak dapat bersabar dengan badai yang melanda, kemungkinan mereka juga akan kecundang dan menjadi sampah masyarakat. Saya selalu memanjatkan doa kepada Ilahi setiap kali sujud kepada-Nya, lima waktu sehari. Saya menangis sepuas hati dan amat bersyukur kerana Allah mendengar rintihan dan doa saya.

Melihat anak-anak yang berjaya suami akhirnya berubah sikap dan kembali menjadi seorang insan yang bertanggungjawab. Kita perlu bersabar dan berdoa kerana langit tidak selalunya mendung, hilang kabus cerahlah maya. Usah pentingkan diri sendiri dengan mencari jalan keluar yang terkadang mengundang kehancuran dan penyesalan. Tetapkanlah kepercayaan bahawa setiap kesukaran akan disertai dengan kemudahan.

Sesungguhnya sesebuah keluarga yang harmoni akan dapat membahagiakan ramai orang yang tersayang.

Kini saya bahagia dengan suami dan anak-anak. Syukur kepada Allah kerana membuka pintu hati suami untuk berubah dan kembali ke pangkal jalan. Dia kini menjadi suami dan ayah yang baik dan bertanggungjawab serta kuat beribadah. Alhamdulillah. Semoga kebahagiaan ini akan berterusan,
..............................................

lihatlah, bila seorang wanita itu lebih mengasihani anak2 dpd mengasihani dirinya sendiri, Allah limpahkan bahagia untuknya.

kesabaran....kan separuh dpd iman?

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…