Langkau ke kandungan utama

diskriminasi banjir

apa perasaan anda, jika anda jadi mereka? sudahlah hidup ditimpa musibah ketika ini, rumah dilanda banjir... nasib malang itu bertimpa-timpa bila mereka dihalau keluar dpd pusat penempatan / pemindahan banjir hanya kerana fahaman politik yg berbeza-beza............

baca: petikan dr kosmo

ALOR SETAR - Gara-gara berbeza fahaman politik, mangsa banjir mendakwa dihalau keluar dari pusat pemindahan banjir. Nasib malang itu didakwa berlaku ke atas 103 orang daripada 27 keluarga mangsa banjir yang tinggal di pusat penempatan sementara di Sekolah Kebangsaan (SK) Alor Janggus dekat sini semalam.

Arahan supaya mereka mengosongkan pusat tersebut dibuat oleh salah seorang ahli jawatankuasa (AJK) pusat itu melalui pembesar suara. Amat memeritkan, mereka mendakwa hanya diberikan tempoh lima minit untuk berbuat demikian dan terpaksa berpindah ke pusat penempatan di Sekolah Menengah Alor Janggus di sini.

Tukang kebun, Abd. Aris Ahmad, 37, mendakwa, dia tidak menyangka jawatankuasa pusat berkenaan tergamak berbuat demikian memandangkan mereka adalah antara 1,700 mangsa banjir lain yang tinggal di situ sejak 2 November lalu.

"Kami ada membuat aduan tentang pelbagai perkara yang tidak mencukupi seperti makan dan peralatan lain termasuk selimut dan tikar sedangkan banyak makanan dan peralatan tersimpan dalam stor. Namun mereka sentiasa memberi pelbagai alasan dan apa yang menghairankan, barangan yang kami minta itu diberi kepada orang-orang tertentu sahaja tanpa banyak soal," dakwanya yang tinggal di Kampung Pulau Kerengga di sini.

sofi kata: kalau nak tolong, ikhlaskan hati. kita menolong atau buat apapun untuk dpt redha allah. jgn ada diskriminasi semasa membantu. dosa.....

Ulasan

  1. x patut la buat cam tuh... sesama manusia... kena la tolong walaupun fahaman politik berbeza... cuba la fikir, kita ni sesama islam... x de bezanya... mati nnt pun, semua org pakai kain kapan cotton gak... diaorg ni x fikir ke?..

    BalasPadam
  2. @alreinsy
    itulah kl semua org berbaik2, kan aman dunia?

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…