apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

4.11.10

dihempap tiang gol

Malang boleh menimpa sesiapa sahaja. kalau sudah ditakdirkan, anak kecil itu meninggal dunia dengan cara dihempap tiang gol, walau macam mana cara sekalipun, ia takkan dapat dielakkan.

kisah ini berlaku di sebuah sekolah di kepala batas, pulau pinang. baca.....

Seorang pelajar tahun dua Sekolah Kebangsaan Kepala Batas di sini mati selepas ditimpa tiang gol bola baling yang tiba-tiba terjatuh ketika bermain di padang sekolah yang sedang dibaiki Isnin lalu. Mangsa, Mohd. Khairi Iskandar Onzek, 8, yang cedera parah di kepala meninggal dunia pagi semalam ketika dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP).
Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang (JPNPP), Ibrahim Mohamad berkata, mengikut laporan awal daripada pihak sekolah, kejadian itu berlaku ketika mangsa yang merupakan pelajar sesi petang dikatakan bermain bersama empat lagi rakannya di kawasan padang sekolah itu sementara menunggu waktu perhimpunan untuk pelajar sesi petang bermula pada pukul 12.45 tengah hari.

sumber: kosmo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.