Luahan

apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

Farhana berasa berat untuk membuka sepasang mata. Tidak berkudrat dia. Tidak berdaya juga. Usahkan kelopak sepasang mata itu, jari-jemari ju...

Dia yang satu (akhir)

By November 10, 2010

Farhana berasa berat untuk membuka sepasang mata. Tidak berkudrat dia. Tidak berdaya juga. Usahkan kelopak sepasang mata itu, jari-jemari juga dirasakan bagai kaku, tidak mampu menguit.


Di manakah dia sekarang? Aduh, sakitnya kepala. Berdenyut-denyut.

“Mak....”

Dia tidak sedar yang dia sedang mengerang kesakitan. Erangan yang menyebabkan Ahmad Faizal bergegas mendapatkannya. Terus sahaja menggenggam erat tangan isterinya.

“Syy... sayang, abang ada di sini. Mak pun ada juga, malah semua orang termasuk emak dan ayah abang, Kak Faz, abang Lutfi pun ada. Sayang kalau tak larat, tak apa. Jangan buka mata tu. Relaks, tenangkan diri. Sayang tidur, ya?” Lembut Faizal memujuk sambil bibir menyentuh lembut penuh syahdu dahi si isteri. Jelas, kasih sayang terpapar. Menampilkan senyum pada seraut wajah tua Puan Saodah. Membuat ayah dan ibu sendiri berasa gembira.

“Kiranya, Odah, diorang ni duduk jauh sebab bawaan budaklah, ya? Macam-macam ujian ni kan? Ada tu, nak makan benda pelik-pelik macam sabunlah, beras. Ada pulak, yang nak cium bau yang bukan-bukan sampai sanggup berulang-alik 5, 6 kali ke stesen minyak nak hidu bau minyak, kan? Ni, menantu kami ni pulak tak tahan bau Faizal sampai muntah kat atas badan dia di restoran tadi.” Puan Khadijah ketawa besar. Hilang sudah gundah di hati memikirkan anak dan menantu. Selama ini dia menyangka Farhana tidak sukakan anaknya. Geramlah juga walau berkali-kali Faizal menafikan. Rupa-rupanya, ialah... orang baru berkahwin? Malulah hendak bercerita tentang rumah tangga kepada orang tua.

“Kesian kamu, Faizal. Macam-macam kerenah Farha terpaksa kamu layan.” Puan Saodah melahirkan simpati kepada menantu.

Faizal membawa jari jemari Farhana ke bibirnya. Dia tidak mampu menyembunyikan rasa bahagia yang sedang dirasai. Maklumlah, diri bakal bergelar seorang ayah tak lama lagi. Tentulah gembira. Dan, rasa cinta kasihnya kepada Farhana semakin dalam. Inilah isterinya, yang bakal melahirkan anak-anak mereka.

“Mak rasa bahagia sangat, korang. Lutfi, kamu tahu tak yang si Fazira ni pun dah mengandung. Tak silap mak dah 3 bulan tu?”

Lutfi segera menatap wajah isterinya. Rasa syukur terus dipanjatkan ke hadrat Ilahi. Dia dilimpahi bahagia. Semakin bahagia bila ayah mentua dan adik ipar, sama-sama memeluk tubuhnya, menyampaikan ucapan tahniah.

“Kak Faz dulu sebulan, lepas tu Farha pulak bersalin. Tentu hubungan anak-anak kita nanti rapat sangat, kan?” Kata Faizal teruja.

“Mestilah, dik. Anak akak mesti sayangkan maksu dan paksunya. Dan anak korang mesti sayangkan uncle Lutfi dan aunty Faznya. Hmm, Kak Faz sayang sangat pada adik kakak ni. Saaayangg Faizal!”

Dua beradik saling berpelukan lagi, menunjukkan keakraban hubungan.

“Saya pun sayang kak Faz jugak dan saya sangat-sangat cintakan Farhana.” Faizal bercanda disambut gelak ketawa ramai.

“Eleh, macamlah orang tak tahu!” usik Lutfi pula.

Walau mata terpejam, Farhana masih dapat mendengar semuanya. Dia berasa amat terharu. Pengakuan suaminya tidak pernah jemu. Hati teringin menatap seraut wajah lembut milik Faizal. Ingin merenung dalam ke anak mata, menyatakan bahawa dia sudah tidak lagi ada cinta untuk Lutfi. Kelembutan Faizal, keluhuran sikap, pandai memujuk berjaya juga mencantumkan kembali hati yang berkecai dulu. Kini hati itu sudah dipanah cinta tulus Faizal. Hati itu sudah menjadi milik Faizal.

“Abang tak marah pada Farha sebab muntah atas muka dan badan abang tadi?”

Err, kenapa soalan itu pula yang aku tanya? Soal hati. Namun sepasang mata tetap dibuka untuk memandang tepat ke arah Faizal.

“Ada ke tanya soalan tu? Tentulah marah! Busuk tahu!” gelak Faizal. Semakin galak tawanya melihat wajah Farha yang sudah merona kemerahan. Malulah tu.

“Tapi, abang bersyukur pada Tuhan. Muntahlah, tak apa! Abang tak kisah sebab abang tahu yang lepas ni Farha tak akan sampai hati tinggalkan abang lagi. Kita bakal ada anak. Puan Farhana tentu akan jadi semakin matang lepas ini, kan?”

Farhana tersenyum memandang satu wajah ke satu wajah yang lain. Teringat semula pada potongan ayat...

‘Yang baik untukmu, pada fikirmu, belum tentu yang terbaik untukmu di sisi Allah. Begitu juga...yang kau sangkakan buruk dan tidak sesuai denganmu, itulah yang Allah mahu kau ambil kerana Dia Maha Mengetahui segala sesuatu.’"

Ya, insan hanya boleh merancang, tapi takdir, Allah yang pegang. Serahkan pada Dia kerana hanya Dia yang Maha Mengetahui segala-gala yang ada di langit dan di bumi.

Malam itu, ketika suami sedang lena menemani tidurnya  di atas katil usang di hospital Subang Jaya itu, Farhana mengelus anak rambut yang berjuntaian di dahi suaminya. Perlahan-lahan dia tunduk lalu mengucup dahi luas Faizal, perlakuan yang sering dilakukan Faizal kepadanya saban malam setiap kali menghantar dia pulang ke rumah sejak dua menjak ini.

Dia berbisik, “Farha bersyukur sangat kerana mematuhi perintah emak yang mahukan Farha memilih abang walaupun mak tidak pernah memberitahu Farha tentang abang Lutfi. Terima kasih kerana ikhlas mencintai Farha, bang. Terima kasih kerana bersabar dengan sikap buruk dan ego Farha. Farha tak mahu berjanji tapi cukuplah abang tahu bahawa dalam hati Farha ini, tak ada dah abang Lutfi. Abang dah berjaya ambil hati ini dan Farha sudah lama merelakannya. Farha harap sangat yang Farha dapat membalas cinta abang pada Farha. Bersyukurlah kerana Dia yang satu di atas sana menentukan jodoh kita. Dia yang satu jugalah pengatur hidup kita. Farha tak mahu berkeluh kesah lagi. Kerana Dia yang satu sudah memberikan Farha sinar kebahagiaan yang Farha inginkan selama ini.”

Faizal mengukir senyuman yang menggambarkan kebahagiaannya. Farhana tidak perlu melihat senyumnya, cukup melalui dakapan yang semakin erat. Bahasa tubuh lebih mudah difahami bukan?
     

tamat...       

You Might Also Like

18 comments

  1. bwat la dieorg dh ade anak plak..ngeeee

    BalasPadam
  2. akhrnya....
    best2x....
    suka crta ni....

    BalasPadam
  3. huu~. rasa x puas plak. hahaa

    BalasPadam
  4. best2... kak ..klo cite ni akak panjangkan pun best gak.. lebih syokkkkk

    BalasPadam
  5. bestlah cerita ni... ada special n3 ke? kalau ada best jugakan?....

    BalasPadam
  6. yeaaa da hbis...
    nih la yg d tggu2..hehe..
    ssghnye pnantian e2 1 pnyeksaan..
    p xpe, andai pengakhirannye sstu yg mmbhgiakn...weee~

    BalasPadam
  7. hihi..
    akhirnya..
    keredhaan lbh penting kan??

    BalasPadam
  8. @$ha
    kak sofi ucapkan thanx sbb sudi tunggu n harap dah x terseksa dah

    BalasPadam
  9. @MaY_LiN
    ya redha ..... n restu sumer org adalah penting

    BalasPadam
  10. akhirnya...bersatu semula Faizal dan Farha..
    so sweet...
    cinta seorang isteri tetap pada suami...
    x semestinya baik pada kita baik pada orang sekeliling kita dan juga Allah...apa pun percayalah pada ketentuan yang telah ditentukan oleh Allah swt...

    BalasPadam
  11. @seed169

    iya, kita hanya boleh merancang...sesempurna manapun rcgn kita ,Dia lebih tahu!

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.