Langkau ke kandungan utama

Dia yang satu 8

“Farha, jom pergi makan!”

Farhana segera mendongak apabila mendengar suara rakan baiknya, Nuha, mengajak dia pergi makan tengah hari. Dia kemudian memerhati muka jam tangannya.

“Hmm, dah pukul 1 tengah hari dah? Alah, cepatnya masa berjalan. Kan, Nuha?” tanya dia sambil membuka bedak kompak jenama ZA. Bukan untuk berbedak, hanya hendak melihat wajahnya di dalam cermin kecil itu.

“Comel dah tu...” kata Nuha sambil cuba menarik tangan Farhana untuk bangun.

“Alah, kejaplah!” Farhana berdegil, masih lagi ingin memerhati penampilan diri.

“Dah, dah! Bukannya kau nak keluar dengan Faizal. Kau nak pergi makan dengan aku aje. Cepat! Nanti habis pulak masa makan kita!” Nuha bertegas. Langkah semakin dicepatkan.

Farhana berasa moodnya hilang bila nama lelaki itu disebut. Sudah agak lama mereka tidak bertemu. Pada kiraannya, sudah 6 hari, 7 jam dan 35 minit. Faizal tidak langsung dapat dihubungi. Talian telefonnya ditutup. Bila Farhana menelefon ke pejabat, Faizal dikatakan sedang berada di luar daerah.

Mengimbas kenangan 3 bulan yang lalu, hati Farhana dibuai sayu. Sebaik Faizal memberitahu tentang persepakatan di antara dirinya dengan Lutfi, dia mengambil keputusan untuk meninggalkan Faizal. Dia meminta agar mereka berpisah buat seketika. Dia tahu, Faizal kecewa meladeni permintaannya namun katanya pada Faizal, dia hanya ingin mereka berjauhan buat sementara. Dia sendiri tidak mahu bercerai cuma dia masih berkecil hati dengan tindakan lelaki itu terhadap dirinya.

Farhana kembali ke Kuala Lumpur dan bekerja satu pejabat dengan Nuha, membantu gadis itu di syarikat miliknya. Seminggu dia bekerja di situ, meja kerjanya mula dipenuhi bunga hasil kiriman Faizal. Dalam setiap kad yang diselitkan, Faizal menitipkan kata-kata penuh romantis; tentang cinta, tentang rindu, tentang hati. Selepas sebulan pula, lelaki itu mula mengajaknya keluar untuk makan malam bersama-sama. Diikuti oleh makan tengah hari dan berjalan-jalan di pusat membeli belah.

“Awak, awak selalu sangat  datang KL, tak ganggu kerja awak ke?” tanya Farhana pada suatu hari.

“Eh, abang tak bagitahu pada isteri abang ke yang abang dah bekerja di sini? Abang kerja di pejabat ayah, dah lama dia mintak tolong abang buat kerja-kerja akaun.” Balas Faizal sambil tersenyum manis. “Abang nak tinggal dekat dengan isteri abang, dapatlah abang tengok muka dia hari-hari. Duduk kat KP, jauh... rindulah..”

Bulat sepasang mata Farhana, bagaikan tidak percaya mendengar suaminya yang pemalu itu berkata tentang rindu.
“Farha rindu abang tak?”

Huh! Rindu konon? Rindulah sangat sampai tak ada khabar berita pada aku! Saja suka menyakitkan hati orang! Elok duduk jauh-jauh, datang duduk di KL ni. Kerja di sini. Lepas tu, pandai pulak mengurat. Memujuk rayu. Mengayat. Sengaja nak buat aku lentok... lepas tu, terus hilang. Diam, bisu, lenyap! Tak ada petunjuk tentang dia. Mak tak tahu dia ke mana. Semua orang tak tahu!

“Kau tu marahkan siapa? Dari tadi, aku tengok mulut kau terkumat kamit? Mengumpat suami, ek? Tak baik tahu! Berdosa!” tegur Nuha bersama senyum yang meleret.

“Aku bencilah kat dia. Jangan sebut fasal dia, nanti selera aku mati.”

“Benci? Bukan rindu? Farha! Farha! Sampai bila hendak menafikan perasaan cinta yang ada dalam hati tu?”

“Hellooo...aku tak cintakan Ahmad Faizal, okey! Aku tak pernah cintakan dia. Never!” Farhana cuba menafikan perasaannya. Cinta? Tak mungkin! Mustahil!

Nuha mengangguk-anggukkan kepalanya.

“Baguslah kalau kau tak cintakan dia sebab aku rasa dia pun dah jemu dengan kerenah kau pada dia. Tu pasallah dia sekarang ni sedang bersama dengan perempuan tu. Cuba kau tengok tu.” Nuha memuncungkan bibir ke arah sebuah meja di sudut kanan restoran. “Wah, bukan satu tapi dua lagi...habislah kau, Farha. Kena madu tiga dah ni...”

Bulat mata Farhana memandang ke arah yang Nuha tunjukkan. Memang benar, saat ini, suaminya sedang bersama-sama bukan seorang malah dua orang perempuan yang muda lagi cantik. Anggun bergaya dengan bertudung litup. Sopan santun kelihatannya.

Faizal yang menyedari dirinya diperhati, seolah-olah mencari-cari sesuatu. Atau mungkinkah seseorang? Dan , ketika saling bertatapan dengan Farhana, dia menguntum senyum di bibir. Wajah isteri diperhati dari jauh sebelum tumpuan kembali kepada dua orang gadis di sebelahnya. Dia tidak berhasrat untuk mendekati. Dia tidak berhajat untuk menemui Farhana.

Farhana berasa amat sedih. Walau siapapun perempuan-perempuan yang bersama-sama suaminya, dia tidak kisah. Yang disedihkannya, Faizal tidak datang kepadanya. Tidak menegurnya. Tidak mempedulikannya.

Siapakah dia di hati lelaki itu kini?      



      

       

Ulasan

  1. hahhaha....
    kcian farha...
    alah faizal 2...
    sja je nak jual mhal...
    nak main tarik tali la 2...

    BalasPadam
  2. siape perempuan2 itu,,,??
    erm,,,,

    nk lg,,,

    BalasPadam
  3. bestlah ceta ni K.Sofi...nak sambung lagi...tak sabar2 ni..tiap2 hari mesti jenguk sini ada tak sambungannya....

    BalasPadam
  4. padan muka Farha sbb ego sgt menafikan cintanya pd suaminya......

    BalasPadam
  5. hmm..ada perkembangan terbaik...
    adakah cinta mula berputik di hati Farha...
    akak cepat sambung...x sabar nak tau siapa kah 2 orang perempuan yang ada dekat Faizal..

    BalasPadam
  6. @epy elina
    itulah... bila di hati ada cinta tp sengaja tidak mahu mengakui...payahlah, kan?

    BalasPadam
  7. @Dr.LoVe
    terima kasih. bila anda suka, kak sofi sgt2 bahagia

    BalasPadam
  8. @Dr.LoVe
    mmg betul, sepatutnya bila cinta katakan cinta, kan?

    BalasPadam
  9. eeiii geramnye.... bile la nk mgaku ni

    BalasPadam
  10. nak lagi..
    uhuk uhuk

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…