apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

5.11.10

Dia yang satu 3

Lutfi memandang wajah manis di hadapannya, penuh kesayuan. Kad jemputan kahwin yang Farhana hulurkan ditatap penuh kehampaan.

Hari ini, penamat kepada kisah cinta mereka berdua. Hari ini, dia harus belajar melupakan. Di antara mereka berdua, sudah ada Ahmad Faizal di tengah-tengah. Ahmad Faizal, lelaki yang bakal menjadi suami kepada Farhana, minggu hadapan.

“Abang doakan Farha bahagia dengannya. Jadilah isteri yang baik dan sempurna, dan lupakanlah segala tentang kita. Ingatlah, berdosa untuk Farha mengingati lelaki lain, bila Farha sudah bergelar seorang isteri.” Nasihat Lutfi kepada gadis itu yang kini sedang menangis tersedu-sedu.

Farhana cuba menghentikan air mata yang mengalir. Wajah tenang Lutfi kemudian ditatap, kerana dia tahu itulah tatapannya yang terakhir. Mereka tidak akan bertemu lagi. Selepas berkahwin, dia akan berhenti kerja dan berpindah mengikut suami yang kini sudah menetap di Kuala Pilah. Semuanya atas permintaan Ahmad Faizal dan ibunya bertegas mahukan dia mematuhi, tanpa ingkar.

“Abang, maafkan Farha. Cinta kita setakat ini saja, ya.”  Katanya dalam sedu sedan.

Lutfi mengangguk. Tidak lama selepas itu, mereka berpisah. Masing-masing membawa bingkisan cinta yang pernah diberi kepada pasangan. Segala-gala sudah dikembalikan. Hanya hati yang telah dicuri, tidak mampu dipulangkan. Hanya janji termetri untuk saling menjauhkan diri dan fikiran daripada mengingati kenangan bersama.

“Biarlah kita putus dalam erti kata yang sebenarnya. Jangan ada secebis kenanganpun yang melekat di sanubari kerana itu boleh menyebabkan hati Ahmad Faizal terhiris.”  Bisik Lutfi penuh duka.

Farhana semakin hiba.

..........................

2 ulasan:

  1. Pilihan tlh dibuat.
    Syukurlah Lutfi sgt memahami.

    BalasPadam
  2. betul tu...lutfi amat memahami

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.