Luahan

apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

mereka masih lagi bergelar pengantin baru kerana baru berkahwin pada 9.10.2010 lalu. masih mekar kuntuman kasih. masih indah bicara manja. m...

demi kasih terhadap isteri

By November 07, 2010

mereka masih lagi bergelar pengantin baru kerana baru berkahwin pada 9.10.2010 lalu. masih mekar kuntuman kasih. masih indah bicara manja. masih dalam keasyikan cinta.

namun, bila ajal memanggil, dapatkah dielak?

bcalah petikan dpd kosmo di bawah.....bersimpatilah, insaflah! inna lillahi wainna ilaihi roji'un.....

KUANTAN – Seorang suami, Mohd. Hazrul Abdul Jalil, 26, mati selepas berjaya menyelamatkan isterinya daripada lemas semasa mereka mandi di pusat perkelahan Pasir Kubur, Sungai Lembing di sini semalam.
Adik mangsa, Mohd. Helmi, 25, berkata, sebelum tragedi itu, mereka sekeluarga iaitu Mohd. Hazrul, isterinya, Norfaridah Mohd. Amin, 26, dan ibu mereka, Zaidah Abdul Aziz, 55, bertolak dari rumah di Kampung Pulau Tambun, Pekan untuk berkelah di sana.

“Semasa mandi, abang dan isterinya berada di bahagian tengah sungai yang agak dalam. Tiba-tiba saya yang mandi di tepi nampak abang dan kakak ipar seperti tergelincir lalu tenggelam, mungkin kerana ada pasir jerlus di situ. Dalam sekelip mata, mereka berdua hanyut dibawa arus deras dan kelihatan Mohd. Hazrul sempat memegang isterinya dan melonjakkan badan Norfaridah ke atas bagi membolehkan dia bernafas. Selepas kira-kira 60 meter dibawa arus, pasangan itu kemudian sampai ke lokasi air cetek dan berjaya ditarik ke tebing oleh orang ramai."

takziah dpd sofi dan harap anda bersabar menghadapi ujian, norfaridah. al fatihah.

You Might Also Like

2 comments

  1. Kesiannya..

    Al-Fatihah buat arwah..

    BalasPadam
  2. @Ena
    sedih kan melihat penderitaan org lain. kalau kita, mampukah menghadapi?

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.