datanglah ke putrajaya pada 28.11.2010


anda yang duduk di putrajaya, ambil peluang ini ya? peluang untuk membuat pemeriksaan bagi mengesan kanser payudara. 


Satu karnival Kesedaran Kanser Payudara sambil mengumpul dana akan diadakan pada 28 November ini di Kelab Tasik Putrajaya anjuran Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia - Jawatankuasa Peniaga Wanita (FMM - WIB) bersama Persatuan Kebajikan Kanser Payudara (BCWA).


sokongan anda untuk menjayakan karnival ini, diharap dapat meningkatkan kesedaran mengenai kanser payudara. 

Pada hari itu, satu sesi ceramah dan satu sesi berkongsi pengalaman dengan bekas pesakit kanser payudara akan diadakan. 


dan, ada satu peringatan di sini! kanser payudara bukan saja menjejaskan wanita, tetapi juga lelaki, tau!

apa yang penting, karnival ini diharap dapat menyampaikan pesanan bahawa pengesanan awal dan rawatan segera akan membolehkan pesakit kanser payudara meneruskan hidup aktif seperti biasa.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

Yang Terakhir: Versi Cerpen

Inikah Cinta? : Versi Cerpen