Langkau ke kandungan utama

data denggi terkini


tengok gambar di sebelah ni...kenal dia? ha, itulah nyamuk aedes, pembawa virus demam denggi. 

di bawah, ialah perangkaan tentang denggi sejak oktober 2010.

baca, perkara ni serius. denggi boleh MEMBUNUH, kan?

PUTRAJAYA: Satu kematian akibat demam denggi dicatat bagi tempoh 31 Okt hingga 6 Nov lepas, melibatkan seorang wanita berusia 32 tahun dari Taman Layang, Temerloh Pahang.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata, wanita yang bekerja di pasar raya di Bandar Mentakab itu mula demam pada 25 Oktober dan dirujuk ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah pada 29 Oktober.

"Hasil pemeriksaan mendapati kawasan kediaman pesakit adalah bekas lokaliti wabak, manakala tempat kerjanya adalah lokaliti wabak sejak 30 Oktober lalu," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, sehubungan itu aktiviti kawalan iaitu semburan kabus dijalankan di kawasan kediaman serta tempat kerja mangsa. Dalam tempoh itu, sejumlah 681 kes demam denggi dilaporkan dengan lima negeri menunjukkan peningkatan iaitu Sarawak dari 42 kes kepada 57 kes, Sabah dari 17 kepada 29 kes dan Terengganu dari 38 kepada 46 kes. Sejumlah 200 lokaliti wabak denggi sedang dipantau di seluruh negara dan daripada jumlah itu 26 lokaliti panas dikenal pasti minggu lalu, membabitkan 407 kes demam denggi.

"Lokaliti panas juga melaporkan 116 kes baru dalam tempoh yang sama. Lima atau 19 peratus daripada 26 lokaliti panas masih mempunyai kadar pembiakan Aedes yang tinggi," katanya.

Lima lokaliti itu ialah Selayang Baru dan Taman Desa Jaya Kepong di Selangor, Taman Malim Jaya dan Jalan Taming Sari di Melaka dan Flat Stulang Laut di Johor. - Bernama

sumber: metro

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…