apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

5.11.10

dari mahkamah...

"Saya bukan Islam, jadi tidak perlu dibicarakan di Mahkamah Syariah."

Namanya, Elie Yousseff Najem. umur 51 tahun. dia ditangkap kerana berkhalwat. pasangannya bernama  Roslin Taha, 49. mereka didakwa berkhalwat di sebuah bilik pada pukul 3.45 petang, 27 April lalu.

Kedua-dua mereka mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengikut Seksyen 27(a) dan 27(b) Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah-Wilayah Persekutuan 1997. Jika sabit kesalahan, mereka boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda RM3,000 atau kedua-duanya.

kata mereka, dia seorang hartawan. dia sudah menimbulkan banyak kontroversi. pernah didakwa atas tuduhan bernikah tanpa kebenaran Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk dengan bekas isterinya, Farinnie Mohd. Farid, 24. kini, pasangan tersebut telah disahkan bercerai setelah mendapat dua orang anak.

Pada 13 Ogos lalu, dia telah didapati bersalah menipu Tan Sim Chai di sebuah premis beralamat B-3-14, Blok B, Megan Avenue 2, Jalan Yap Kwan Seng di sini pada 19 September 2005.

Elie juga dihukum penjara lima bulan oleh mahkamah yang sama atas kesalahan menyalahgunakan pas lawatan sosialnya dengan menjadi pengarah sebuah syarikat.

sofi:
        hebat, kan? bergeliga otaknya, ligat berfikir untuk menipu orang dan mencemarkan bumi malaysia dengan kehadirannya. menyampah!

sumber: utusan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.