apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

1.11.10

dan pemenangnya ialah...

salam.. poll sudah tamat. pemenangnya sudah diketahui. tahniah kpd sinopsis ke 3 ini. layanzzz....


 sinopsis 3 ini dpd zue epy namanya. terima kasih, zue epy! dan tahniah! Tahniah itu_aku, kan? Hmm anda ni patut sofi anugerahi juga dgn tempat pertama pengomen terbanyak. hehe....
Taufik Azhari
Nurul Hana..lelah  aku mengejar  bayangmu..pandang pertama membuat aku nanar mencari si bidadari. Pesonamu memukau pandangan, pilu airmukamu sentiasa segar di ingatan sehingga memadamkan sinisnya pertuturanmu. Bagaikan satu sumpahan  aku terus mancari siapakah dirimu...Lalu kusematkan tekad di hati engkau akan kumiliki dan hanya aku yang berhak menjadi pemilik sekeping hati milikmu. Takdir tuhan menemukan engkau kembali kepadaku. Engkau hadir mengharapkan sebuah pertolongan dan aku pasti tidak keberatan namun ada balasannya. Mungkin ini satu paksaan, sungguh bukan niatku untuk mengambil kesempatan tapi hanya itu cara yang ku punya agar engkau kumiliki. Akan aku bahagiakanmu suri hatiku.
Nurul Hana
Kerana kasihku terhadap Irfan, apakah aku  wajar dijadikan cagaran. Perlukah aku membuat perngorbanan sebesar ini. Sudah berulang kali ku katakan tiada cinta di hati untuk mu, lalu bahasa apa lagi harusku lafazkan agar kau bisa mengerti. Taufik Azhari, engkau terlalu bijak mengambil kesempatan  dalam kesempitan sehingga aku tidak punya pilihan  Menolak bererti aku kehilangan Irfan, namun menerima bererti perasaan ku harus ku korbankan. Aku  keliru di persimpangan  antara wasiat seorang kakak dan sekeping hati ini yang  mana harus aku utamakan?
Azim
Biar apa pun statusmu Ana, akan aku pastikan engkau menjadi milikku. Biar abangku sendiri  meragui tindak tandukmu namun aku lebih tahu siapa diri mu. Engkau  gadisku, akan aku rebut walau siapa pemilik asalmu kerana  engkau untukku. Aku punya seribu satu cara untuk menakluki hatimu. Jika dia yang menjadi penghalang aku memilikimu, aku ku  hapuskan halangan itu.
Kerana Irfan, Ana redha menerima Taufik Azhari sebagai suami. Romantisnya layanan Taufik memadamkan segala keraguan di  hati Ana sehingga dia lupa perkahwinan mereka atas dasar apa. Namun manisnya bulan madu bertukar gerhana apabila bukti kecurangan Taufik terbentang di hadapan mata. Ditambah pula dengan kerenah ibu mertua yang menuduh Ana menikahi anaknya  kerana harta.
Kerana cinta, Ana tekad  mencari bukti kecurangan Taufik. Dia mampu menarik nafas lega kerana itu semua hanya dusta. Di saat dia kembali  menikmati bahagia, Taufik Azhari diragut pergi meninggalkan satu amanah yang sukar untuk dilaksana. Ana menggagahkan diri meniti hari-hari mencabar dalam hidupnya.
Apakah bahagia masih ada untuknya?
sabar ya, kawan. nnt sofi hubungi anda melalui emel. tunggu, ya!



3 ulasan:

  1. tq2...
    kntoi suda!!!!
    *malu seyyy,ddlm hati ada taman*
    -x psl2 kena gelak 3D2N dkt kwn2-

    BalasPadam
  2. itu aku, 3D2N tu apa? sowi x fhm! hehe
    betul tu, tahniah...ya ana

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.