apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

7.11.10

cinta....gelap?

gambar sebelah ehsan dr prebetsapus.blogspot.com


ini cerita seorg suami. kekecewaannya atas sikap isteri yg mencurangi dirinya.

Hampir saban hari dia berbalas khidmat pesanan ringkas (SMS). ingatkan ia perkara biasa pada zaman teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) ini. Rupa-rupanya dia menjalin hubungan sulit dengan lelaki Afrika. lelaki Afrika? pelik kan selera isteri saya? Begitu mudah dia terpengaruh dengan ayat manis dan bentuk fizikal ‘Awang Hitam’ itu.

Isteri berusia lingkungan 40-an, mempunyai perniagaan sendiri. sudah dua kali terpedaya dengan janji manis dua lelaki Afrika untuk sehidup semati hingga sanggup melakukan apa saja, termasuk menggadai barang kemas dan bercerai, gara-gara penangan asmara lelaki Afrika pertama sebelum saya beri dia peluang kedua. tapi, nampaknya dia tidak serik dan sekarang, dia bercinta pula dengan lelaki Afrika lain, dipercayai rakan kepada kekasih pertamanya.

Mulanya saya tidak mengesyaki apa-apa, namun semakin hari dia semakin pelik. Bila terima panggilan telefon, dia berlari dan bercakap jauh daripada saya dan anak, asyik sms dan suka termenung seorang diri. tahu, tak? kami dah kahwin selama lebih 20 tahun dan ada lima anak dah. apa lg yg dia nak?

Diorg kenal masa isteri berniaga di rumah jantan Afrika tu, lepas tu diorg tukar-tukar nombor telefon. sejak itu, dia goda isteri saya. perempuan...mulalah perasan, tngkap cintanlah! saya geram lalu dia saya ceraikan sebelum raya tahun lepas. tp krn kasihankan isteri yg mula tunjuk baik, hati saya terbuka untuk menerima dia semula demi masa depan anak-anak. kami rujuk dan apa yg saya tahu, jantan tu dah balik ke negara asalnya. nya.
Ingatkan isteri dah berubah tp penangan lelaki 'awang hitam' ni cukup kuat. janji isteri utk setia bertahan tiga bulan aje. dia sekali lagi terpedaya dengan cinta palsu seorang lagi warga Afrika, kawan boyfriend pertamanya dulu. Saya syak jantan no 1 tu 'amanahkan' isteri saya kepada kawan dia ni sebelum dia balik. Yang sedihnya, isteri saya mmg syok habis. adik saya pernah terserempak isteri saya jalan beriringan dengan lelaki Afrika itu di bandar ini.
 
sekarang ni, hari2 isteri mintak cerai. entahlah. saya kasihankan anak2. kasihankan isteri jugak yg terperangkap dlm mainan cinta palsu lelaki afrika itu. apa perlu saya buat?

kalau anda? apa anda buat? sofi rasa dah sampai masa kerajaan tutup pintu negara kita dpd pendatang parasit ini. menci!

gambar sekadar hiasan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.