Langkau ke kandungan utama

cinta segi tiga

pernah dengar lagu cinta tiga segi? ke cinta segi tiga? ntahlah. tapi pd thn 2008, aku ada dengar, dinyanyikan anak murid masa hari guru. sedih liriknya. rupa2nya, ia berasaskan kisah benar. kisah cinta antara Tipah, Ali, Hazwan. semua tu nama tipu, ya!
ia sebuah kisah cinta tiga segi penuh tragik. Kisah bermula dengan percintaan antara Tipah dgn Ali. Pada suatu hari, Tipah telah berkenalan pula dgn seorang lelaki bernama Hazwan. Tipah jatuh hati pada Hazwan. Hazwan seorang lelaki yang sangat baik dan turut mencintai Tipah dengan sepenuh hatinya. Tipah pun terus minta putus dgn Ali. 
pada saat Tipah sedang bahagia bersama Hazwan, Ali merayu cinta Tipah semula. Tipah pun ceritakan apa yang berlaku kepada Hazwan. Hazwan pulak, sayang sangat dan tak sanggup kehilangan Tipah. 
Hazwan pergi cari Ali. mereka jumpa dan bergaduh. Secara tak sengaja, Ali terbunuh dalam pergaduhan itu. Hazwan pulak ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara. 
Tipah sedih sangat bila terkenangkan Hazwan yg sgt2 dicintai. 
satu hari, sorang kawan Hazwan dtg dan bagi Tipah satu tape. katanya, Hazwan suruh bagi tape tu pd Tipah bila Hazwan dah tak ada dlm dunia ni. Rupa2nya, Hazwan dah dihukum gantung. masa ditanya apa permintaan terakhir Hazwan sebelum digantung, Hazwan mintak nak nyanyikan lagu yang dia karang untuk gadis kesayangan dia. Tajuk lagu tu CINTA TIGA SEGI.
........................
sampai skrg, lagu itu sering dinyanyikan terutama oleh pemain2 gitar. 
Tahu tak apa yang berlaku pada Tipah? 
Tipah tertekan emosinya dan akhirnya menjadi gila kerana dua2 lelaki yang dia sayang dah mati. 
terima kasih kasot buruk dan mustika duniaku.blogspot,com

 

Ulasan

  1. ya cikgu sofi...
    crta ni famous dulu....
    tp sy x thu kshian crta ni....
    tp sy suka dngr lagu 2....
    seolh2 sy dpt mrasa kpdihan hazwan....

    BalasPadam
  2. @epy elina
    gara2 seorg perempuan..
    akhirnya tiada kebahagiaan
    kasihan mereka

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…