Luahan

apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

mekah dilanda banjir. berkerut juga dahi kerana seingat akulah, belum pernah kejadian ini aku dengar. tapi bila melihat gambar, terpaksalah...

bumi mekah banjir

By November 20, 2010


mekah dilanda banjir. berkerut juga dahi kerana seingat akulah, belum pernah kejadian ini aku dengar. tapi bila melihat gambar, terpaksalah percaya, kan? lagi pula, tidak ada yang mustahil dalam dunia fana kita ini, bukan begitu? 

pada hari rabu yang lepas, jemaah haji melontar jamrah dalam keadaan hujan lebat juga. pendek kata, mekah sejuklah sekarang ini. tentu nyaman, kan? 


dalam pada itu, ada juga kejadian pokok tumbang berlaku. mujur baik, pokok-pokok itu jatuh di atas kereta, dan tidak melibatkan jiwa dan nyawa manusia. 


ialah, kan. memanglah sayang kereta-kereta elok tu semua kemek dan rosak namun nyawa manusia lebih tinggi nilainya, betul tak?

habislah sudah ibadah haji untuk tahun ini. dua tiga hari lagi, penerbangan pulang ke malaysia akan bermula. kita doakanlah agar semua jemaah haji itu selamat sampai ke tanah air tercinta. 

You Might Also Like

2 comments

  1. kat my house ada pic menunjukkan kawasan kaabah pernah banjir tahun 1941....

    cek this image: http://2.bp.blogspot.com/_cHUAUH3aEcI/S8gjOOx7M-I/AAAAAAAADps/QEnhnRncTvY/s1600/DSC00959.JPG

    http://homosapiensz.blogspot.com/2010/04/my-online-spot.html

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.