Langkau ke kandungan utama

Bukan niatku! 9


Irham Farouq membuka sampul yang dihulurkan oleh kak Aya kepadanya. Dengan kaedah ‘speed reading’ isi surat itu dibaca dan mudah sahaja difahami.

“Apa yang bakal menantu mak tulis?” tanya wanita separuh abad yang duduk di sebelahnya. Soalan yang membuat mata kak Aya terbeliak.

“Kenapa mata awak tu, Aya? Nak kena cucuk?” tanya jejaka berusia 35 tahun itu. Dia memang geli hati melihat gelagat kak Aya tetapi dia sengaja menunjukkan wajah yang serius. Belum masa untuk dia bergumbira... Apa-apa pun, dia kena tunggu kata putus daripada si Sarah yang masih juga belum keluar-keluar daripada bilik itu.

“Farouq, dalam ni ada duitlah! Tengok ni! Ada RM3 ratus. Banyaknya?”

Farouq memandang wajah ibunya, Puan Siti, dengan wajah keliru. Duit? Duit apa pulak?
“Duit tu duit awak, encik Farouq. Duit yang awak lemparkan ke muka saya dulu.” Sarah yang berpakaian cantik, berbaju kurung berwarna biru dengan bertudung putih, memberitahu, sebagai menjawab pertanyaan emak lelaki itu.

“Owhh... tapi tak apa. Meh sini, saya nak kenalkan awak dengan emak saya.”

Lemahnya lutut Sarah. Takut betul dia walaupun di hadapannya ini, wanita itu sedang tersenyum memerhati. Namun, langkah terpaksa digagahi.

Tangan wanita itu dikucup lembut. Hati rasa terharu bila kepalanya diusapi dengan lembut. Semakin sayu jiwa bila wajahnya dipegang dan dahinya dikucup penuh syahdu oleh wanita itu. Saat itu, Sarah menitiskan air mata kesyukuran kerana dia tahu, perlakuan ini menunjukkan bahawa lelaki bernama Irham Farouq bin Ahmad Faqrul itu sudah pun meluahkan rasa hati kepada ibunya. Yang bererti, selama ini, dirinya tidak bertepuk sebelah tangan. Alhamdulillah!

“Sarah, saya cukup takut untuk jatuh cinta lagi. Pengalaman dengan Azrina terlalu jerih. Saya malu. Emak, bapak dan kaum keluarga saya jugak malu. Bukan mudah nak sembuhkan luka tu! Tapi, bila saya kenal awak, semuanya dah berubah. Maaflah, sebab saya tak pandai nak mengurat awak. Sebab tu, saya datang hari ini.”

Sarah yang duduk bersimpuh baik punya di depan Puan Siti, terus sahaja menunggu bicara hati Farouq. Hati sedang berbunga riang. Senyum menguntum di bibir. Seronok juga bila melihat lelaki setegas Farouq berubah menjadi jiwang kini.

“Sarah, hari ini, di depan emak saya, di depan kawan awak, Aya ni, saya mengaku yang saya dah lama sukakan awak. Rasanya, sejak hari pertama awak masuk kerja, kut. Dan, saya jugak tahu yang awak dah lama cintakan saya. Saya tahu, awak memang sengaja datang cari kerja di pejabat saya sebab awak nak dekat dengan saya. Saya tahu, awak seronok bila saya ambil awak bekerja dengan saya. Saya tahu...”

Sarah segera mencelah. “Mana ada? Awak ni perasanlah, encik Farouq! Pandai aje main tuduh-tuduh!” Marahnya. Malulah dia! Nampak sangat yang dia umpama perigi mencari timba. Encik Farouq ni..kut iya pun dia tahu, ‘cover’lah sikit! Sampai hati betul!

“Kamu ni, Farouq! Tengok, dah merah padam muka Sarah. Kesian dia.” Puan Siti menepuk paha anaknya. Dia kemudian menyambung, “Eloklah kalau korang berdua dah suka sama suka, boleh mak pergi jumpa dengan.......”

“Assalamualaikum.”

Sarah saling berpandangan dengan kak Aya. Tiba-tiba, dia menjerit, “Mak datang!”

Di muka pintu, Mak Yon tersenyum manis. “Maklah ni! Siapa lagi? Amri pun ada ni hah!” katanya sambil mempelawa Amri masuk. 

“Awak pun ada di sini, Farouq?” Amri bertanya. Kepada Mak Yon, tanpa selindung dia memberitahu, “Mak Yon, inilah Farouq, yang anak Mak Yon gila-gilakan tu!”

“Abang Amri! Sampainya hati cakap camtu? Malunya orang! Kat mana nak sorok muka ni?”

Kini semua orang sudah tahu. Apa yang ada di dalam hati Sarah sudah bukan rahsia dirinya seorang. Semuanya sudah tersingkap.

Dia ingin bersembunyi namun untuk apa? Salahkah jika dia jatuh cinta? Salahkah jika Farouq tahu?

Puan Siti menyelamatkan keadaan. “Tak ada apa-apa yang kamu hendak malukan, Sarah! Bukan satu dosa untuk jatuh cinta. Lagipun, Farouq suka kamu. Lama-lama, dia cintalah tu. Jangan susah hati!” kepada mak Yon, Puan Siti berkata, “Elok benar langkah kita berdua hari ini. Dah kebetulan berjumpa, baik kita bincangkan hal mereka. Rasa saya,  eloklah kalau kita cari tarikh yang sesuai untuk nikahkan mereka. Apa kata awak?”

Mak Yon tersenyum mengangguk.

“Lagi cepat, lagi baik, mak!” bisik Farouq sambil mengenyitkan mata pada Sarah.

Aw, panah asmara melanda jiwa.

“Iyalah, memang nak buat cepat-cepat, pun! Benda baik, buat apa bertangguh, kan?”
............................

Rasa macam nak buat ‘sequal’...amacam? setuju?    

Ulasan

  1. almk...pndeknya...
    huhuhu....
    dh hbs pn...

    BalasPadam
  2. hahhahha memang nak cakap pun dengan kak sofi, klu cita nih jadi novel cam best jerkk, terfikir masa drive balik keje semalam (kut..klu tak silap)..lupa plak nk ckp dlm episod td pagi..

    hehheh yeahhh! setuju!!wahhahaha best!

    BalasPadam
  3. Suke betulle kite ni... dok sengih sorang-sorang kejap lepas tu muke serius balik, cover gitu...
    Nak sambung? Okey gak tu... hik hik

    Saya memang follow blog akak hari-hari. Sesekali tu rajin gak nak tinggalkan komen. Resah aje kalau pegi mane-mane tempat yang tak ade coverage... terase cepat aje nak balik rumah... Ape-ape pun, thank you kak for all the karya... hilang stress...

    BalasPadam
  4. @ozzy
    insyaallah...ozzy, tunggu, k!

    BalasPadam
  5. @Mina
    tak tahu nak cakap betapa terharu rasa hati ini. papepun, thanx.terima kasih banyak2...

    BalasPadam
  6. setuju sangat kalau akak buat sequel...
    disokong sepenuhnya
    hehehe

    BalasPadam
  7. me pon sokong gak!!!!!

    BalasPadam
  8. <3 <3 <3 setuju sgt sukat sgt cite nie... tambah babak suspen ckit.. thumb up <3 <3

    BalasPadam
  9. salam...
    seed, insyaallah..akan cuba dilakukan
    sya, tunggu
    hehe.. nanti dulu ya..

    BalasPadam
  10. menariknya....boleh panjangkan lagi x? suka la..

    BalasPadam
  11. menarik... awat pndek sngt? klu bt novel msti best nhe

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…