apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

30.11.10

Bukan niatku! 8


Kejam! Menakutkan! Zalim! Jerit hati Sarah. Semua itu ditujukan khas kepada pujaan hatinya, Encik Irham Farouq. 3 bulan lamanya dia bekerja di syarikat percetakan milik lelaki itu, tidak sekali, ulang..... tidak sekalipun, encik Farouq menunjukkan tanda-tanda bahawa lelaki itu mengenalinya. Rupa-rupanya selama ini....argh....malunya!!

“Ada tak dia cakap kenapa Sarah yang kena beritahu semua orang?” Sarah pura-pura bertanya padahal dia bimbang sangat-sangat sekarang ini. Takut rahsia dia menerjah masuk ke dalam khemah lelaki itu diketahui semua orang. Ke mana hendak disorokkan muka yang cantik ini?

“Tak pulak, tapi...! Sarah, kenapa encik Farouq cakap macam tu? Korang ada affair ke? Skandal?” tanya kak Aya tidak berlapik. Sepasang mata memandang wajah Sarah dengan penuh rasa ingin tahu. Maklumlah, selama ini tidak nampak pun gelagat ‘dua insan bercinta’ pada kedua-duanya terutama encik Farouq. Serius memanjang! Si Sarah ni pun sama. Tak pernah pula selama Sarah tinggal dengannya, gadis itu membuka mulut memberitahu dia minat ke, dia suka ke, kepada bos mereka. Aduhai, percintaan alaf barukah ini? Yang tidak perlu diucap? Tidak perlu dilafaz? Pening kepala kak Aya memikirkannya.      

Sarah sudah nekad untuk berhenti kerja. Dia takut hendak pergi ke pejabat. Dia malu! Dia tidak berani bersemuka dengan lelaki itu. Baginya, kalau encik Farouq masih ingat tanggal 13 Oktober itu, itu bermakna bahawa encik Farouq sudah mengecop tarikh itu sebagai hari ‘Tragedi Oktober’nya. Kalau dirinya yang terpaksa bercerita tentang keterlanjurannya hari itu, tentu sahajalah lelaki itu masih menganggap dirinya perempuan tidak senonoh sepertimana dirinya pernah dituduh dahulu. Yang pasti...

Tiada cinta di hati.....

Tak pernah ada walau sekelumit...

Tidak pernah terselit walau secebis....

Rasa sayang, rasa kasih, rasa rindu, segala macam rasa....

Hanya dialah burung pungguk yang merindui bulan.....

Hanya dialah purnama yang merindu......  
.............................
Esoknya, ketika kak Aya hendak pergi ke pejabat, Sarah menyerahkan sampul surat berwarna kuning kepada perempuan itu.

“Akak bagi pada bos. Dia akan faham!”

“Apa isinya?”

“Surat perletakan jawatan Sarah!”

Dahi kak Aya sudah mula berkerut semula. “Kenapa sampai terpaksa berhenti kerja segala?”

Sarah tersenyum hambar. “Satu hari, semua orang akan faham.” Bisiknya lemah.

Tiba-tiba telefon bimbit kak Aya berbunyi.

“Baik, bos...... ya, okey, bos! Boleh...boleh, bos! Ya! Sekarang? Mantap!”

“Sarah nak masuk dalam biliklah...” Suara Sarah sudah tersekat-sekat. Dia sedang sedih. Air mata ingin menitis. Cinta sepinya bakal berakhir.

“Tunggu kejap!” kata kak Aya, memaut tangan Sarah bagi menghentikan langkah gadis itu. Sepasang matanya terarah ke pintu.

“Satu, dua..... tiga...em.... yes!” senyuman tersungging di bibir bila kak Aya menyuruh Sarah pergi membukakan pintu.

“Tak lain, mesti si Koko! Awalnya pulak dia datang hari ini? Selalunya pukul 11 baru sampai!” omel Sarah. Koko ialah panggilan yang mereka beri kepada Khalidah, anak kak Timah, jiran sebelah rumah. Kenapa Koko? Biasalah! Sebab Koko suka makan cokelat.

Sebaik pintu terbuka, Sarah berkata, “Silakan masuk Kkk....”

Koko apanya? Tinggi lampai, besar gajah...Ayoyo ma, ayoyo pa.... help!

Sarah berlari memasuki bilik! Menghempas daun pintu sebelum bersandar di belakangnya. Denyut jantung berombak kuat.

Tok, tok, tok! Daun pintu bilik diketuk.

“Sarah?” suara garau encik Farouq memanggilnya dengan lembut.

“Sarah...., dengar ya! Saya beri awak masa seminit lagi untuk awak pakai tudung, kemaskan diri awak  dan keluar jumpa saya dan ahli keluarga saya.”

Tamo... tamooo...

“Kalau awak tak mahu keluar, nanti, saya yang akan masuk ke dalam. Awak nak saya dukung awak, eh?”  

8 ulasan:

  1. hehehe...bestnyer
    akak nak lagi...
    x sabar rasanya....adakah farouq nak kawin dengan sarah...
    jeng...jeng...jeng...

    BalasPadam
  2. dh agk dh...
    msti farouq 2 wat2 lp...
    hehehe....

    BalasPadam
  3. alamak kak..xpuas lak ai bace..
    nak lagi..heee

    BalasPadam
  4. @seed169
    yeah3x, apakah ada jodoh mereka? tunggu!

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.