Langkau ke kandungan utama

Bukan niatku! 6

Ketika kaki memasuki pintu pejabat, Kak Aya dan beberapa orang kakitangan pantas sahaja meletakkan jari telunjuk di bibir masing-masing. Itu tandanya mereka menyuruh dirinya diam. Sarah mengerutkan dahi sambil melangkah menghampiri. Semakin dia dekat ke meja, semakin dia dapat mendengar bunyi orang berkelahi di dalam bilik ketuanya.

“I tak peduli. Selagi you macam ni, selagi itulah, I akan duduk di sini tunggu you, Farouq.”

“You dah gila? Ni, suami you yang baru ni, you nak bubuh di mana?”

Bulat sepasang mata Sarah mendengar soalan daripada suara garau encik Farouq. ‘Suami you yang baru? Isy, apa maksud soalan itu? Tak pe! Tak pe! Dengar dulu, Sarah! Dengar! Ni, macam ada peluang untuk kau ni!’ hati mengomel.

“Azrina, I dah cukup bersabar dengan you. Dengan perangai you. Tapi, bila you buat bodoh kat pejabat I, bila you menimbulkan gosip yang bukan-bukan tentang kita, macam mana I nak  bertahan?”

Suasana sepi seketika. Hanya esakan Azrina yang mula kedengaran ketika itu.

“I kahwin dengan you sebab I rasa I boleh terima you seadanya walaupun masa tu you baru jadi janda, baru habis edah. I punyalah kesian dekat you yang siang malam pagi petang, menangis mengenangkan si Haris ni. I nak hiburkan hati you yang gundah gulana kononnya. Tanpa berfikir panjang, I ajak you kahwin. Tapi apa I dapat?”

Masing-msing berpandangan. Memanglah kalau sudah dasar penyibuk, semua begitu asyik memasang telinga. Takut terlepas episod paling menarik dari dalam  bilik.

“Malam yang sepatutnya indah untuk kita, jadi malam jahanam untuk I bila you cakap you gunakan I untuk buat cina buta. You cakap pada I, you terpaksa kahwin dengan I sebab Haris ceraikan you dengan talak 3. Azrina? Haris? Do you both know how hurt I was?

Beku sekejap di dalam. Di luar, mulut masing-masing sedang ternganga. Melopong gitu!

“You tahu tak apa perasaan I bila you mintak I ceraikan you? You tahu tak apa perasaan I bila you cakap, you sengaja menangis, mengongoi sebab you nak I kasihankan you dan kahwin, jadi pak sanggup? You tahu tak apa I rasa bila you cakap I kena ceraikan you secepat mungkin sebab you nak nikah balik dengan Haris ni?”

Rasa kasihan memenuhi seluruh ruang hati Sarah untuk encik Farouq. Kini, dia tahu, dia semakin menyayangi lelaki itu. Sungguh besar pengorbanan yang telah dibuat. Bertuah sungguh si Azrina. Kalau lelaki lain, apakah yang akan terjadi agaknya?

“Tentu dah jadi arwah! Yalah, dia mempergunakan  lelaki untuk kepentingan dia dengan bekas suaminya. Elok bunuh aje, kasi mati! Hisy, nasib dia baik dapat kahwin dengan encik Farouq! Patutlah! Patutlah sekarang ni dia bersungguh-sungguh hendak balik ke pangkuan bos aku tu? Baru dia sedar kebaikan encik Farouq agaknya?” bebel Sarah.

Semua mata tertumpu kepada Sarah ketika ini. Gempaq! Iyalah, dia meluahkan dengan sangat kuat, tentu sahaja mengundang renungan tajam mereka di sekelilingnya.  

“Awak cakap apa tadi?” tiba-tiba suara garau itu benar-benar berbunyi dekat di telinga Sarah. Membuat dia terkejut yang teramat sangat. Membuat dia termalu sendiri. Membuat dia rasa ingin bersembunyi!

Ulasan

  1. almk...hbis la si sarah 2....
    huhuhuh....

    BalasPadam
  2. hahhhahaha bukan setakat diorg, aku nih pon ternganga ngan melopong sekali

    best!

    BalasPadam
  3. @ozzy

    mmg itu tujuanku, ozzy, mahu lihatmu terlopong hehe..

    BalasPadam
  4. takkan la
    en Faraouq dengar...

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…