apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

9.11.10

bukan cinta laila majnun tapi...


tadi buat jelajah blog. lalu terjumpa entri ini. cinta sejenis
aku selalu tertanya2 bgmana seseorg boleh terjebak dlm bahana ini. lelaki dgn lelaki dan perempuan dgn perempuan. tertanya2, apa yg bestnyer bercinta mcm gini....


Ibu kepada seorang cahaya mata menyesali peristiwa hitam dalam kehidupannya gara-gara terpedaya pujuk rayu dan godaan kekasih kaum sejenis hingga melarikan diri meninggalkan anak dan suami pada 2005. Dia sanggup melupakan anaknya yang ketika itu berusia tujuh tahun dan suami yang bekerja sebagai pekerja kontrak.

Mengenang semula peristiwa gelap itu, kata Anita, ia umpama mimpi buruk kerana tidak menyangka boleh terjalin hubungan intim bersama Angah yang berperwatakan lelaki di tempat kerja iaitu sebuah kilang di Tampoi.

“Angah yang berusia 40-an berpura-pura baik dan penyayang sehingga menjadi tempat saya berkongsi masalah keluarga. Hubungan kami kemudian bertambah rapat dan lebih daripada rakan biasa. Saya taksub dengan kata-kata Angah lalu mengabaikan tanggungjawab sebagai isteri mahupun ibu. Selama setahun menjalin hubungan bersamanya, saya sanggup membelanjakan semua duit gaji bagi memenuhi pelbagai permintaannya."

kalau Allah tidak meredai, tak akan mungkin dia temui kebahagiaan, kan? itulah, ikut sgt dorongan hawa nafsu. 

sofi: takut bala yg Allah timpakan kpd golongan nabi luth akan menimpa kita. ke mana hendak melarikan diri?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.