apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

16.11.10

bukan anakku!

seorang ibu, tidak mengira agama, bangsa, darjat atau keturunan tentu sahaja menyayangi anak yang dilahirkannya sendiri. walau dia seorang pelacur sekalipun, selagi Allah menganugerahi rasa sayang dan kasih dalam hatinya, anak merupakan permata di dalam hayatnya.

kata sorang sahabatku. tanggungjawab seorang ibu tidak pernah berakhir terhadap anak-anaknya. dari kecil hingga dewasa, dari bujang hingga berkahwin, dari seorang hingga berderet anak-anaknya, ibu akan sentiasa risau dan memikirkan kesejahteraan anak. pendek kata... selagi hidup selagi itulah anak menjadi keutamaan.

berbeza dgn anak. ramai yg sudah tega menderhaka. ramai yg sudah tidak takut pada azab Allah. ibu diperlakukan seperti....

entahlah, sedih dan sebak membaca metro yg menulis ttg seorang anak lelaki yg sanggup mencungkil dua mata ibunya selepas si ibu didera secara seksual. gila jantan ni! jahat!  marilah sama2 kita mengutuknya.

nak tahu lebih lagi? tekan ....metro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.