apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

21.11.10

BN ubah perlembagaan?


Mula-mula baca tajuk, adalah risau sikit. tetapi, bila baca betul-betul... okey saja. taklah besar mana impaknya kepada warganegara malaysia amnya, orang melayu khasnya.

Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) hari ini membuat keputusan bersejarah dengan meminda beberapa perkara dalam perlembagaan parti, pindaaan yang berkuat kuasa hari ini.

siapa yang umumkan? 

siapa lagi? najiblah!

rasional?  
katanya, pindaan itu amat penting sekali gus memperlihatkan dasar inklusif BN yang membuka pintu kepada sesiapa sahaja yang percaya kepada prinsip dan perjuangan parti itu.

apa yang dipinda? 

* Ahli bersekutu – sesiapa sahaja yang ingin menyertai BN boleh memohon secara terus bagi menjadi ahli bersekutu. Bagaimanapun hak dan keistimewaannya tidak akan sama seperti ahli parti komponen lain.

* Ahli bergabung – terbuka kepada pertubuhan bukan kerajaan dan pertubuhan politik untuk bekerjasama dengan BN.

* Kelab Sahabat BN – terbuka kepada sesiapa sahaja yang ingin menjadi rakan BN

* Kelab Rakan Muda BN – terbuka kepada golongan belia berusia antara 18 hingga 21 tahun yang menyokong BN tetapi masih belum menjadi pengundi.

itulah... pindaan yg dibuat. ada komen?
sumber: utusan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.