apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

18.11.10

resepi sempoi daging masak kicap

aku paling suka buat daging masak kicap ala2 mak mentua aku..hehe... mmg cedap cangat!! resepi yg aku ambil istimewa dpd wanita kesayangan suamiku ini. biasanya, anak2 terutama budak jantan x suka makan daging, kan? tp kl aku buat resepi ini saja...wah, sekilo, sekali hadap aje.....

maaf, ya..gambar xde... tp kl anda semua nak cuba... campak2 daging tu...try laaa...

1. anda potong daging nipis2, basuh, baca selawat semua, pastu tos sekejap.
2. sambil tu, blend halia, bawang putih, bawang merah, jintan manis, jintan putih, ketumbar, jangan terlampau halus. byk mana? alahai...agak2lah utk 1 kg daging.
3. dalam kuali,  anda campurkan semua bahan tadi, pastu tuang sedikit madu dan gaulkan dengan kicap. guna kicap habhal warna merah. alah, kicap kipas udang tu.
4. bubuh air sehingga daging tu semua tenggelam. perap 1 jam.
5. lps sejam, rebus dgn api sederhana kuat, tp kacau selalu, okey.
6. kl air dah nak habis tp daging tu masih keras lg, tambah aje air lg. jgn risau...tambah aje.
7. bila nak kering dah..tuang minyak mazola, ke, zaitun ke, minyak yg dlm plastik ke, tak pe...tuang tu agak2 lah, ya! bukan nak menggoreng, sekadar memberi rupa berminyak jek.. masa ni kl nak sedap, ambil daun kari 2 tangkai, lurutkan, campak masuk dlm kuali bersama2 bawang besar yg dihiris. jgn lupa rasa pulak... terkurang tambah, terlebih? entah..hehe...
8. dah siap! sedia utk dimakan. mmm yummy!

aku x naklah jd chef lak... sekadar berkongsi resepi. dapat juga bersedekah pahala kpd yg sudah pergi, kan?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.