apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

15.11.10

bila perempuan terlebih berani?

Seorang operator pengeluaran, warga Indonesia mendakwa dirogol seorang buruh binaan juga warga Indonesia tidak dikenali ketika datang ke rumah suspek Rabu lalu untuk mengambil semula telefon bimbitnya yang dilarikan lelaki itu.

Suspek merogol mangsa kerana cemburu apabila terlihat wanita senegaranya itu berbual dengan lelaki warga Myamna.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah, berkata mangsa terserempak semula dengan suspek berusia 32 tahun itu sehari kemudian dan meminta telefon bimbitnya dipulangkan. Beliau berkata, suspek mengajak mangsa berusia 24 tahun itu pergi ke rumahnya untuk mengambil telefon itu.

“Namun, mangsa terpaksa pulang hampa apabila suspek yang sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak tidak memulangkan telefon bimbitnya seperti dijanjikan. Rabu lalu, mangsa membuat laporan polis mendakwa dirogol lelaki itu ketika dia pergi untuk kali kedua ke rumah suspek. dalam laporannya, mangsa mendakwa dirogol suspek pada jam 1 tengah hari,” katanya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri, Bukit Beruang, dekat sini, kelmarin.

Mohd Adnan berkata, ketika mangsa diperkosa, isteri suspek tiada di rumah dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

yang pergi sorang-sorang ke rumah suspek tu buat apa? aduh, tak faham aku!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.