Luahan

apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

sukar hendak memahami seseorang manusia, atau sekumpulan manusia. apa mahunya? apa sukanya? apa marahnya? suka benar memprovok. suka mence...

bila menulis...opps..bila menconteng dinding?

By November 08, 2010



sukar hendak memahami seseorang manusia, atau sekumpulan manusia. apa mahunya? apa sukanya? apa marahnya? suka benar memprovok. suka mencetuskan rasa tidak puas hati orang lain. dan sering, orang2 yg suka kpd provokasi ini menggunakan media terhangat seperti facebook untuk mencetuskan kontroversi. 
terbaru...cuba baca di bawah:-Pemuda UMNO Bahagian Tebrau hari ini membuat laporan polis berhubung perbuatan individu atau kumpulan yang mengendalikan satu akaun Facebook berunsur fitnah atas nama pergerakan itu. Laporan dibuat oleh Naib Ketua Pemuda UMNO Tebrau, Nor Azhar Abdul Hamid di Balai Polis Taman Pelangi Indah, Ulu Tiram, di sini. Ketua Pemuda UMNO Tebrau, Syahrin Md Jamaluddin berkata, akaun menggunakan nama "Pemuda Tebrau" itu mencemar reputasi Pemuda UMNO bahagian itu melalui tulisan dan komen yang menyentuh sensitiviti UMNO, parti lain, individu dan isu tertentu.berita di atas tu terkini di utusan.facebook dibaca oleh ramai orang. sbb itu kalau nak tulis di wall, berfikirlah masak2. jgn tulis sesuatu dgn niat utk memfitnah. tak baik! eh, aku nasihat ni bukan atas tiket umno tahu..aku bukan kisah dgn diorg pun. aku cuma hendak mengajak semua org yg ada akaun fb menulis sesuatu yg berfaedah, yg dpt buat org buat sst ke arah kebaikan. bukan utk cetuskan kemarahan, rasa tidak puas hati org lain. cuba tgk kat bawah pula...satu kes agak berat dan boleh buat pening kepala, ialah 'perang' antara Erra dan penyokong pasukan bola sepak Kelantan yang secara tiba-tiba meletus.  Ceritanya macam ini. Erra telah membuat satu posting ke akaun FB dalam nada gurauan. Antaranya yang ditulis ialah "Terus balik rumah, sebelum ada yang terbakar. Tetapi rupanya Kelantan menang, jadi tak adalah yang terbakar." bagi Erra Fazira, ia adalah gurauan. bagi orang Kelantan? baca lagi....Komen penuh humor Erra tanpa disangka-sangka membuatkan segelintir peminat bolasepak Kelantan beremosi dan membuat serangan balas terhadap Erra di dalam FB itu juga. Macam-macam komen. Bila sudah macam-macam tu, segala jenis bahasa yang molek dan tak molek terus terkeluar dan bertambah panas lagi apabila ada yang minta supaya Erra buat permohonan maaf kepada seluruh rakyat Kelantan. Tidak puas hati lagi, ada pula yang membuka laluan baru di FB bertajuk Mahu Erra Fazira Minta Maaf Kepada Rakyat Kelantan. kawan-kawan, mata pen lebih tajam dpd pedang. skrg kita jarang pakai pen, kita tekan keyboard komputer ni dan luahkan apa yg ada kat dlm kepala kita. fikir, fikir dan fikir sebelum hantar entri atau post. aku nasihatkan diriku dan diri korang jugak. tulislah yg baik2. kalau hendak mengata sangat2, buatlah dlm nada gurauan agar insan dimaksudkan tak kecil hati. fitnah boleh memakan diri. ingat tu, ya! 

You Might Also Like

0 comments

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.