apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

18.11.10

bila isteri tak cantik lagi...

Ada sesetengah lelaki yang bergelar suami sanggup melepaskan isteri masing-masing selepas mendakwa wanita dinikahi tidak lagi kelihatan menarik dan cantik seperti ketika mereka berkenalan dan melangsungkan perkahwinan dulu.
Mereka menganggap perubahan wajah dan penampilan wanita terbabit memaksa mereka mencari pengganti sehingga menyebabkan rumah tangga dibina mulai goyah, malah ada yang membawa kepada perceraian.
Perkara ini didedahkan Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Daud Abd Rahman yang memberitahu, kadar perceraian di kalangan pasangan Islam di negeri ini semakin meningkat saban tahun disebabkan ada suami menganggap isterinya tidak cantik apabila mencapai satu tempoh.
Sabda rasulullah saw: wanita itu dikahwini krn 4 perkara:
1. keturunan
2. harta
3. kecantikan
4. agama

pilihlah perempuan yg beragama utk kebahagiaan dunia dan akhirat.

nabi saw tak suruh pilih perempuan cantik, kan? itulah! akibat terlalu ikut hawa dan nafsu. hendak yg cantik ,seksi, meksi...berapa lama dpt bertahan? lepas beranak sorang aje...habis! 
ingatlah! kahwin itu apa tujuannya? 

oh ya sebelum terlupa. baca sambungan petikan di atas tu kat...... sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.