apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

10.11.10

bicara ttg rogol

Di bawah Akta Kesalahan Seksual 2003, yang berkuatkuasa pada April 2004, istilah "rogol" didefinisikan semula. Maksud asal iaitu rogol sebagai perbuatan "bersetubuh melalui kemaluan wanita atau lubang dubur tanpa persetujuan" diubah kepada "memasukkan kemaluan lelaki ke dalam kemaluan wanita, lubang dubur atau mulut seseorang yang lain"

jenis2 rogol:-

1. Rogol statutori 
ialah sejenis jenayah persetubuhan yang melibatkan seorang yang dibawah usia kerelaan. Oleh sebab negara mempunyai tanggungjawab untuk melindungi kanak-kanak, ia telah mengisytiharkan bahawa kanak-kanak di bawah usia yang ditentukan tidak berupaya memberi keizinan yang berpengetahuan. Walaupun kanak-kanak bersetuju dan rela dengan kegiatan seksual yang dilakukan terhadap mereka, perbuatan itu masih lagi dianggap sebagai rogol. 

2.rogol kenalan
Menurut hukum, tiada perbezaannya diantara rogol yang dilakukan oleh orang yang tidak dikenali dengan rogol yang dilaksanakan oleh kenalan atau kawan-kawan.  Walau bagaimanapun, terdapat kesukaran mendakwa seorang penyerang yang dikenali, tetapi sekiranya terbukti, jenayah akan dilayankan dengan cara yang sama.

Dari segi sosial, isu rogol kenalan adalah amat rencam. Bukti-bukti yang sedia ada menunjukkan bahawa kemungkinan seorang mangsa rogol yang berkenalan dengan penyerangnya adalah lebih besar daripada yang tidak.

3. Rogol bergilir-gilir 
terjadi apabila sekumpulan orang mengambil bahagian dalam perogolan seorang mangsa, biasanya sekumpulan lelaki terhadap seorang perempuan. Ia dipandang sebagai lebih mencederakan kepada mangsa rogol dari segi psikologi, dan dikenakan hukuman yang lebih berat daripada rogol perseorangan di sebahagian bidang kuasa. Rogol dalam keadaan ini sentiasa mempunyai kesan negatif yang lebih daripada serangan seksual yang biasa berlaku.

Hukuman
Kesalahan perogolan boleh dikenakan hukuman maksimum penjara seumur hidup (berbeza dengan hukuman penjara 10 tahun bagi kesalahan serangan seksual dibawah statut ini, dan yang dahulunya dikenali sebagai "perbuatan tidak bermoral").

Walaupun seorang wanita yang memaksakan seorang lelaki untuk bersetubuh tidak boleh disabitkan atas kesalahan merogol, dia boleh disabitkan kesalahan 

"kerana menyebabkan seseorang itu melakukan perbuatan seksual tanpa persetujuan", 

kesalahan yang juga membawa hukuman penjara seumur hidup sekiranya ia melibatkan kemasukan ke dalam mulut, lubang dubur atau alat kelamin wanita. Statut ini juga memasukkan kesalahan seksual baru yang dikenali sebagai "serangan melalui penembusan", yang mempunyai hukuman yang sama dengan hukuman rogol, dan ia dilakukan apabila seseorang itu memasukkan, secara seksual, mana-mana bahagian badannya, atau apa-apa alat yang lain, ke dalam alat kelamin wanita atau lubang dubur, tanpa mendapat persetujuan.

Rogol dianggap sebagai jenayah dashyat dalam kebanyakan kebudayaan dan kadangkala dihukum dengan berat oleh undang-undang. Kasi dan kaedah pengasian kimia telah digunakan bagi perogol kental (habitual offenders) dalam sesetengah negara. 

Dalam sesetengah negara lain, rogol adalah jenayah yang boleh dihukum rejam. 

Kesan

Sebagai satu bentuk serangan seksual, rogol boleh menjadi amat dahsyat, dan banyak kes serangan seksual berakhir dengan kematian mangsa. Rogol juga boleh mengakibatkan kecederaan fizikal yang serius, termasuk juga kehamilan, dan jangkitan penyakit sebaran seksual. 

Kesan paling biasa pada mangsa rogol adalah kesan psikologi. Pada masa dahulu, mangsa rogol dan mangsa serangan seksual yang masih hidup, biasanya, didapati mendapat Sindrom Renjutan Emosi Rogol (Rape Trauma Syndrome (RTS)) yang dianggap sebagai sejenis penyakit psikologi. Ia melibatkan perasaan dosa dan malu, ketegangan, kemarahan, ketidakselesaan pada perut, dan kegundahan. 

Oleh kerana sifat-sifat seksual yang sensitif tentang jenayah rogol, mangsa-mangsa biasanya akan mengalami renjutan emosi psikologi yang serius. Ini memang benar di kalangan masyarakat-masyarakat yang mempunyai adat-adat kelamin yang pantang. Umpamanya, seorang perempuan, terutamanya seorang anak dara yang telah dirogol, dianggap oleh masyarakat sebagai seorang yang "rosak". Mangsa-mangsa akan terpaksa menderita seorang diri dan dilarang berkahwin, ataupun mungkin akan diceraikan sekiranya dia sudah berkahwin. Mangsa rogol juga mungkin berasa "kotor" ataupun berasa bahawa dia yang bersalah.
...............
wahai gadis2, jagalah diri anda....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.