apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

20.11.10

berkahwin dengan gay


rasa kasihan membuak-buak bila membaca kisah perkahwinan seorang ahli perniagaan ini. orangnya cantik, bergaya, anggun namun siapalah menyangka di sebalik senyuman manis yang terukir di bibirnya itu tersimpan satu rahsia yang cukup memeritkan? 

katanya, dia berkahwin 6 tahun lalu. perkahwinan dengan seorang lelaki tampan, bergaya dan terpelajar, mudah mesra, lembut, baik budi bahasa....alim lagi! bukankah itu semua kriteria lelaki idaman wanita? 

malangnya, sejak malam pertama lagi, segalanya bagai tidak masuk di akal. bulan madu yang indah tidak terjadi. wanita ini kehairanan namun menyangka kelemahan terletak pada dirinya, dia memulakan langkah menggoda dengan lebih agresif. pakai baju tidur seksi, gaya manja, bersikap lebih mengada-ada, lebih romantis namun semuanya tak jalan. tertanya-tanya di mana silapnya, tak berjumpa! 

sehinggalah baru-baru ini dia menemui diari suami yang merakamkan kisah-kisah 18sx bersama kekasih gelapnya. terkedu wanita ini lantas membuat keputusan untuk bertemu sahabat baik suaminya. maka tersingkaplah kisah hidup 'homoseksual' yang selama ini tidak diketahui. tak cukup dengan bukti-bukti itu, si isteri tadi merakamkan aksi suami di dalam kereta, iyalah, kan... bukti penting sekarang ni. zaman ini, kalau bercakap pakai air liur aje... tak laku! 

dan dia mencari bukti, dia dapat. tersentak mendengar suara suami memujuk rayu dalam rakaman itu bersama-sama kekasihnya....seorang lelaki. 

kini, putus sudah perhubungan mereka. aku mendoakan agar wanita ini bertemu seorang lelaki 'sejati' selepas ini dan aku juga berharap agar si suami sedar bahawa dia bukanlah umat nabi dengan perbuatan mungkarnya itu. kembalilah dan tinggalkanlah kesesatan yang nyata.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.