apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

4.11.10

berani mendedah...

di luar negara, kebebasan akhbarnya bersuara, membolehkan mereka mengorek pelbagai skandal pemerintah mereka. 

terkini, kisah Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi yang cukup terkenal dengan sikap suka berfoya-foya, tersingkap.  beliau  sedang berdepan satu dakwaan terbaru apabila beliau dikatakan membayar seorang pelacur kelas atasan untuk mendapatkan khidmat seks, lapor sebuah akhbar semalam.

Pelacur cantik bernama Nadia Macri itu memberitahu dia menghabiskan masa bersama Berlusconi sebanyak dua kali di rumahnya dengan bayaran mencecah AS$14,495 (RM44,738), selain diberi barangan kemas.
Nadia yang berusia 28 tahun itu turut mendakwa melihat Berlusconi melakukan hubungan seks dengan beberapa orang wanita di dalam sebuah jakuzi.

Dakwaan itu dibuat dalam satu kenyataan kepada pihak pendakwa raya yang melakukan siasatan berhubung parti-parti seks dan dadah yang diadakan di rumah percutian milik Berlusconi. Nadia menyatakan, ganja ditawarkan kepada wanita-wanita pada parti itu. Menurutnya, dadah itu ada di dalam pesawat rasmi Berlusconi. Jika benar, dakwaan tersebut boleh menjejaskan karier Perdana Menteri itu.

Peguam Berlusconi, Niccolo Ghedini bagaimanapun menafikan semua dakwaan itu. "Tiada perkara yang tidak senonoh berlaku di rumah Berlusconi," katanya.

Kenyataan Nadia setebal 300 muka surat itu bocor kepada media Itali.

Sebelum ini, Berlusconi mendapat liputan meluas berikutan hubungannya dengan seorang penari gelek, Karima Keyek yang berumur 18 tahun. - Agensi

thanx: kosmo 

sofi: kalau di malaysia kita boleh seberani media itali ini, rasa2nya ada tak kes2 .....tepuk dada tanya selera!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.